RUPANYA selepas sedekad lagu Kekanda Adinda nyanyian duet Monoloque bersama Atilia dimainkan di radio, baru sekarang Monoloque mendedahkan sejarah di sebalik pembikinan lagu tersebut.

Menurut Monoloque, lagu itu pada asalnya menggunakan 'note' yang berbeza daripada apa yang peminat dengar.

"Sebenarnya, lagu Kekanda Adinda ini ditulis pada asalnya dengan menggunakan ‘note’ yang agak berlainan tetapi ketika dimainkan, dengan sengajanya ditinggalkan beberapa buah ‘note’ dengan corak 'pentatonik scale'... maka terhasillah lagu Kekanda Adinda yang anda dengarkan sekarang ini!," katanya.

#fakta sbenarnya lagu “Kekanda Adinda” ini ditulis pada asalnya dgn menggunakan note yg agak berlainan tetapi ketika dimainkan, dgn sengajanya ditingalkan beberapa buah note dgn corak “pentatonik scale”… maka terhasillah lagu Kekanda Adinda yg anda dgrkan skrg ini! . Ingat lagi tak jelitawan @atiliaharon yg mendampingi lagu ini? . #SusurMasa #JejakTanah #KekandaAdinda

A post shared by monoloQue (@monoloquerasmi) on


Komen Monoloque menerusi status terkini di Instagramnya, @monoloquerasmi turut menarik perhatian netizen yang merupakan peminat lagu tersebut.

"Lagu ini la yang buat saya minat abang Loq dan sentiasa menunggu karya-karya abang Loq," kata netizen yang dikenali sebagai @alissafarid.

Bagi netizen @syafiqsabrina, lagu tersebut mengimbau kenangan zaman bercinta sehingga mendirinkan rumah tangga.

"Masih pakai 'caller ringtone' lagu ni," kata @halimramzani.