BERITA pemergian pengarah tersohor Mamat Khalid awal pagi tadi amat mengejutkan semua terutamanya kalangan penggiat seni.
Namun bagi pelakon dan penerbit Tiara Jacquelina, berita itu amat mengesankan oleh kerana hubungan rapat beliau dengan arwah.
Dalam hantaran di akaun Instagramnya, beliau menceritakan detik menerima perkhabaran duka pada jam 12.30 tengah malam tadi.
"Ini pastinya hantaran paling memeritkan bagi saya.
"Abang kesayangan saya, legenda yang berbakat besar Mamat Khalid meninggal dunia disebabkan serangan jantung, kira-kira sejam lalu.
"Saya dapat panggilan jam 12.30 tengah malam daripada nombor telefon Mamat, dan panggilan pada waktu sebegini hanya bermaksud:
1. Dia berjaya menyudahkan karya 'masterpiece' yang dijanjikan lama dahulu, atau
2. Berita buruk.
"Anaknya @amenkhalid bercakap di telefon: 'Auntie dah tahu ke, Papa dah pergi dulu... Amen tahu Auntie sayangkan Papa, tu Amen call Auntie ni.
"Saya terkejut hingga tidak mampu berkata apa-apa.
"Ya Allah, jagalah sahabat kesayangan aku ini dan kurniakanlah kepadanya tempat istimewa di syurgaMu.
"Aku rindu kamu, Mat. 'Clamptown Baby' ku selamanya. Doo-da, doo-da. Sayang kamu sangat-sangat.
"Terima kasih atas kehebatan ini. Kamu akan diingati selamanya di atas karya yang tiada taranya.
"Berehatlah, abang. Alfatihah," tulis Tiara di hantaran pada akaun Instagramnya.
Mereka pernah bekerjasama antaranya dalam filem epik legenda Puteri Gunung Ledang, yang dibintangi oleh Tiara Jacquelina dan M. Nasir, di mana Allahyarham merupakan penulis skripnya.
Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad bin Mohd Khalid, 58, terkenal sebagai pengarah filem dan penulis lakon layar melalui filem-filem yang bercorak komedi.
Kali pertama beliau menduduki kerusi pengarah ialah pada tahun 2003 menerusi filem komedi sejarah "Lang Buana".
Disebabkan minatnya pada muzik rock, beliau kemudian mengarahkan pula filem kedua "Rock" pada tahun 2005 dan seterusnya "Rock Oo!" (2013) serta "Rock Bro!" (2016).
Karya Allahyarham yang mendapat tempat di hati peminat termasuk "Man Laksa" (2006), "Kala Malam Bulan Mengambang" (2008), "Zombie Kampung Pisang", dan "Hantu Kak Limah".
Karya-karya lain yang turut dikenali termasuk "Pinang Durian", "Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel" dan "Abang We".
Mamat pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Skrin Panca Delima 2001 untuk telefilem "Pinang Durian".
Dilahirkan pada 6 April 1963 di Ipoh, Perak, minat Mamat kepada filem berputik sejak kecil lagi.
Walaupun mendapat tentangan daripada bapanya, ia tidak menghalang minat Mamat untuk menceburi bidang perfileman.
Mamat merupakan adik kepada kartunis Datuk Lat yang terkenal dengan karya "The Kampung Boy" di mana beliau pernah menjadi penterjemah skrip untuk siri animasi karya abangnya.
Berita pemergian Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid, dikongsikan oleh penyair Pyanhabib di akaun Facebooknya.
Mamat Khalid dikejarkan ke Hospital Slim River selepas dilaporkan pengsan di Sarang Art Hub di Tanjung Malim namun disahkan meninggal dunia.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima anak.
BACA: Mamat Khalid meninggal dunia
BACA: Pemergian Mamat Khalid kehilangan bakat tiada pengganti
Astro Awani
Sat Oct 23 2021
![Mengenang Mamat Khalid: Aku rindu kamu, Mat ... 'Clamptown Baby' ku selamanya - Tiara Jacquelina Mengenang Mamat Khalid: Aku rindu kamu, Mat ... 'Clamptown Baby' ku selamanya - Tiara Jacquelina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71635034496_MAMATKHALID.jpg)
Mereka pernah bekerjasama antaranya dalam filem epik legenda Puteri Gunung Ledang, yang dibintangi oleh Tiara Jacquelina dan M. Nasir, di mana Allahyarham merupakan penulis skripnya. -Instagram Tiara Jacquelina
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan
Pengarah dan pengkritik filem serta budaya, Mansor Puteh, 70, dilapor meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terbabas di Alam Damai, Cheras, pada Ahad.
![Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720343650_WanJunaidi.jpg)
Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari
Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian.
![‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy ‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714020461_Astroshaw.jpg)
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
![Arwah Dollah Cantek miliki sifat humor ketika bekerja - Eric Floor 88 Arwah Dollah Cantek miliki sifat humor ketika bekerja - Eric Floor 88](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713097958_TBEricKubur.jpg)
Arwah Dollah Cantek miliki sifat humor ketika bekerja - Eric Floor 88
Pengacara dan juga bekas pengurus pentas program-program terbitan Astro, Dollah Cantek selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg Pusu Gombak.
!['Saya ada sahabat perlu dijaga' - Awie utama rezeki dengan Wings, korban kerjaya solo 'Saya ada sahabat perlu dijaga' - Awie utama rezeki dengan Wings, korban kerjaya solo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71706935096_WingsTheRockEmper.jpg)
'Saya ada sahabat perlu dijaga' - Awie utama rezeki dengan Wings, korban kerjaya solo
Menurut Awie, dia kini lebih selesa untuk sama-sama mencari rezeki dengan anggota kumpulan Wings yang lain.
![Peniaga abadikan nama 'Warung Pak Jabit', mahu nostalgia filem terus hidup Peniaga abadikan nama 'Warung Pak Jabit', mahu nostalgia filem terus hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704682926_TBWARUNGPAKJABIT.jpg)
Peniaga abadikan nama 'Warung Pak Jabit', mahu nostalgia filem terus hidup
Kedai makan terbiar yang pernah menjadi lokasi penggambaran tiga filem Allahyarham Mamat Khalid kini 'kembali' meriah.
![Tourism Perak anjur wayang pacak tayang filem Mamat Khalid Tourism Perak anjur wayang pacak tayang filem Mamat Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61635032100_MamatKhalid.jpg)
Tourism Perak anjur wayang pacak tayang filem Mamat Khalid
Kome digalakkan membawa kerusi 'healing' atau 'bean bag' untuk keselesaan. Usoh riso kome! Masuk adalah percuma!
!['Barkoba' lonjak semula populari Bell, tak lupa jasa Mamat Khalid 'Barkoba' lonjak semula populari Bell, tak lupa jasa Mamat Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690102786_TBBellNgasri.jpg)
'Barkoba' lonjak semula populari Bell, tak lupa jasa Mamat Khalid
Katanya, watak Barkoba cukup memberi kesan dalam hidupnya, sekali gus melonjakkan semula popularitinya dalam dunia hiburan tanah air.
![Berkat restu ibu, minum susu atas bas, kemenangan Bell Ngasri lambang kualiti berbanding populariti Berkat restu ibu, minum susu atas bas, kemenangan Bell Ngasri lambang kualiti berbanding populariti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690102786_TBBellNgasri.jpg)
Berkat restu ibu, minum susu atas bas, kemenangan Bell Ngasri lambang kualiti berbanding populariti
Dia mengaku adalah pelaku seni yang hanya tahu bekerja dan tidak memerlukan populariti.
![Filem pertama terbitan Awie 'Sue-On' ke pawagam Julai ini Filem pertama terbitan Awie 'Sue-On' ke pawagam Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687685263_DatukAwie.jpg)
Filem pertama terbitan Awie 'Sue-On' ke pawagam Julai ini
Awie berkata, pemilihan genre seram komedi dibuat memandangkan sekarang ini dia sememangnya sudah sinonim dengan genre sedemikian.
![Runding dengan waris Allahyarham Mamat Khalid, wujud galeri seni di Kampung Kuchai Runding dengan waris Allahyarham Mamat Khalid, wujud galeri seni di Kampung Kuchai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681605485_AllahyarhamMamatKh.jpg)
Runding dengan waris Allahyarham Mamat Khalid, wujud galeri seni di Kampung Kuchai
MBI perlu mendapat persetujuan daripada waris Allahyarham bagi menempatkan barangan dan karyanya di galeri yang terletak di Kampung Kuchai.
![Aidilfitri: Peminat cari kubur Mamat Khalid, isteri ucap terima kasih Aidilfitri: Peminat cari kubur Mamat Khalid, isteri ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41651570498_TBMAWI.jpg)
Aidilfitri: Peminat cari kubur Mamat Khalid, isteri ucap terima kasih
Peminat cari kubur Mamat Khalid, isteri ucap terima kasih