PELAKON Rashidi Ishak terkejut apabila anak-anaknya bertanya adakah mereka dan aktor Remy Ishak mempunyai pertalian darah.

Semuanya gara-gara terdapat satu kenyataan di media sosial menganggap kedua-dua pelakon itu adik-beradik kerana mempunyai nama bapa yang sama.

Rashidi mendedahkan perbualan anak-anaknya di sebuah aplikasi yang dilihat lucu kerana mereka berharap Remy adalah bapa saudara mereka.

Namun Rashidi yang terkejut dengan pertanyaan itu terus menafikannya.


Bekas suami Vanidah Imran itu mendedahkan perbualan tersebut menerusi Instagram (IG) story miliknya.


Terbaharu, Rashidi telah mengesahkan dia dan Vanidah sudah bercerai pada 9 Ogos lalu.

Pasangan itu telah berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran dan Mariyam Rashika.