BULAN ini, MonoloQue kembali ke kancah perdebatan bicara seni tempatan dengan pemberian mereka yang terkini, lagu berjudul “Ringgit”, turut serta dengan estetik yang sudahpun meracau pelbagai pendapat seperti gaya kebiasaan teraju utama kumpulan, LoQue.
Ketara atau tidak, LoQue (vokal, gitar, piano), Dax (bass, vokal), Ijoo (gitar utama), Bakri (dram) dan Syafiq (percussion) seolah-olah seperti menyepi setelah menyajikan lagu demi lagu berserta video sebelum ini.
Perkembangan internal contohnya dapat dirasakan pendengar melalui lagu “Ringgit” yang banyak berbicara tentang faktor-faktor eksternal atau luaran di sekeliling mereka termasuk masyarakat di bandaraya, nilai-nilai kontemporari negara dan gaya hidup global yang berleluasa, evolusi muzik, serta industri muzik tempatan itu sendiri, antaranya.
“Kita sudah berada di abad ke-21 dan pergerakan muzik dunia sudah jauh meninggalkan kita,” kata LoQue sempena keluaran lagu nukilannya terbaru ini.
“Pada saya ia suatu stail dan lebih berdasarkan cita rasa dan fikiran di luar kotak,” ujar LoQue bila ditanya pula tentang reputasinya dengan kata-kata bahasa yang telah diubahsuaikan, contohnya apabila beliau 'merosakkan' interpretasi lagu malar segar seperti “Tiada Kata Secantik Bahasa”, “Masih Aku Terasa” dan “Mawar Putih Tanda Perpisahan.”
“Saya cuma cuba melakukan bahagian saya untuk membawa bahasa ke takuk yang baharu, supaya mungkin lebih semasa dan longgar. Tetapi percubaan saya pasti ditemui dengan konotasi negatif padahal saya tidak berfikiran sebegitu,” LoQue menerangkan.
Intipati lirik lagu “Ringgit” berkisarkan tentang masyarakat muda yang semakin enggan berbahasa sendiri, malah menafikan jati diri mereka sehingga rela mengikis asal-usul kebudayaan dan sifat sebenar mereka kerana takut untuk dilihat sebagai tidak “cool”.
“’Ringgit’ mengisahkan tentang nilai ‘mata wang’ yang menjadi ‘nadi’ yang paling asas gaya hidup masyarakat kota. Duit boleh beli apa saja, duit boleh beli jiwa raga cinta, dan melihat itu dalam kehidupan seharian ia memberi inspirasi pada saya untuk menulis lagu ini.”
“Perjuangannya masih sama,” ujar LoQue. “Dari hari pertama sehingga hari ini perjuangannya adalah untuk menjadi diri sendiri.”
Barangkali lebih “ekstrem” kali ini katanya berbanding keluaran-keluaran lepas (album Jejak Tanah, corak pertama trilogi Hikayat Halimunan Abad Ke-21 dan EP Inderaloka) kerana cerita muzik MonoloQue melalui lagu-lagu baru ini sudah sampai pula ke bandar raya, dan berkisarkan kehidupan di tengah bandar raya, berbanding sudut pandangan yang lebih idealis yang hanya sekadar ‘merindukan’ keadaan itu.
“Dari segi muzik pula, kami cuba untuk meruntuhkan pagar-pagar yang ada, serta had-had yang membuatkan muzik bergitar dan muzik rock Malaysia jatuh ke dalam stereotaip-stereotaip yang biasa,” ucap LoQue.
“Ringgit” tetap merupakan lagu pop yang senang didengari dan punyai banyak ruang untuk bernafas, tetapi masih individu, dan masih lantang.
Lagu ini kini sedang berputar di corong radio tempatan seperti iM4U fm album dan juga dimuatnaik ke iTunes. Ia das pertama dari album corak kedua siri ‘Hikayat Halimunan Abad Ke-21′ yang bakal tiba pada bulan Ogos akan datang.
BUTIRAN LAGU: “Ringgit” ~ MonoloQue
Lagu/Senikata: LoQue
Senarai Pemuzik: LoQue – Vokal Utama/Piano, Mohd Faliq – Pembantu Teknologi, Set Drum – Bakri, Gendang/Perkusi/Mainan – Shafiq
Penerbit: LoQue bersama Aiyad Sakti dan Hafiz Ahmad
Dirakam di Kilang Menjahit Bunyi, Tune Studio & Gelampuri oleh Hafiz Ahmad, Aiyad Sakti, Aiman dan LoQue
Diadun oleh Greg Henderson dan LoQue
Mastering: Sterling Sound New York City oleh Greg Calbi (Tame Impala, The Flaming Lips)
Album: ‘Hikayat Halimunan Abad Ke-21: Corak Ke-2′ (Bakal Dijudulkan) terbitan Penerbitan Pancasona 2015
Sutradara Video Muzik Rasmi: Kadir Chan
Daisuke Tomita
Fri Apr 24 2015

MonoloQue kembali ke kancah perdebatan bicara seni tempatan dengan lagu terkini yang berjudul "Ringgit".

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Lagu "Ringgit" usik pendapat umum, MonoloQue isytihar album kedua
MonoloQue kembali ke kancah perdebatan bicara seni tempatan dengan lagu terkini yang berjudul "Ringgit."