Kumpulan rock popular Amerika Syarikat yang terkenal dengan lagu To Be With You bakal mengadakan konsert Mr. Big Live In Malaysia 2017 pada 14 Oktober ini.
Bakal menggegarkan Mega Star Arena, Kuala Lumpur konsert anjuran Plan 7 Production itu dijangka bermula pada jam 8 malam.
Tujuan konsert tersebut diadakan adalah sebagai tanda menyokong album terbaharu mereka yang berjudul “Defying Gravity”.
Menariknya pada malam konsert itu nanti, peminat akan dibawa melayan lagu-lagu klasik termasuk daripada album baharu mereka.
Diasaskan pada tahun 1988, Mr. Big telah meninggalkan kesan dalam sejarah muzik apabila lagu hit To Be With You berjaya membawa mereka ke peringkat antarabangsa dan memperoleh jualan rekod platinum yang paling tinggi.
Mr. Big masih aktif dan popular sepanjang zaman, walaupun trend muzik yang sentiasa berubah mengikut aliran muzik semasa.
Ahli-ahli semasa yang juga ahli-ahli asal Mr. Big terdiri daripada Eric Martin sebagai vokalis, Billy Sheehan sebagai pemain bass, Paul Gilbert sebagai pemain gitar dan Pat Torpey sebagai pemain dram.
Kumpulan ini telah dibubarkan pada tahun 2002, namun disatukan semula pada tahun 2009 atas permintaan peminat dan mereka terus memperjuangkan lagu-lagu rock.
Setakat ini, Mr. Big telah mengeluarkan sebanyak 9 album studio.
Menggabungkan gaya muzik shredding bersama harmoni vokal yang hebat, Mr. Big telah mengubah pelbagai lagu hit seperti Alive and Kicking dan Just Take My Heart yang merangkumi genre rock yang lain seperti balad, metal dan blues rock.
Tiket untuk menyaksikan Mr. Big Live in Malaysia 2017 berharga RM568 (VVIP), RM468 (VIP), RM328 (PS1) dan RM188 (PS2).
Semua kategori tiket adalah berdasarkan tempat duduk bernombor kecuali PS2 adalah tempat duduk bebas. Semua harga tiket termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.
Tiket boleh didapati melalui TicketCharge di www.ticketcharge.com.my atau hubungi +603 9222 8811.
Tiket VVIP hanya boleh didapati secara eksklusif melalui pihak penganjur Plan 7 Production dengan menghubungi +6012 974 1011 atau melayari www.facebook.com/Plan7Production.
Mr. Big Live in Malaysia 2017 turut membawakan Mega Ultimate sebagai Pengurus Acara, Double Tree Hotel sebagai Hotel Rasmi, Astro Circle sebagai Rakan Kesetiaan dan Penghargaan Istimewa kepada Mega Music World.
Gempak
Thu Sep 07 2017
![Kumpulan rock Mr. Big gegar Kuala Lumpur 14 Oktober ini! Kumpulan rock Mr. Big gegar Kuala Lumpur 14 Oktober ini!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/61504706421_mr-big.jpg)
Kumpulan ini telah dibubarkan pada tahun 2002, namun disatukan semula pada tahun 2009 atas permintaan peminat dan mereka terus memperjuangkan lagu-lagu rock. - Foto Astro GEMPAK
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Konsert AR Rahman diharap buka ruang kolaborasi dengan artis tempatan Konsert AR Rahman diharap buka ruang kolaborasi dengan artis tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720495734_ARRahman.jpg)
Konsert AR Rahman diharap buka ruang kolaborasi dengan artis tempatan
Perdana Menteri turut tertarik dengan nilai-nilai kemanusiaan, kesenian dan keamanan yang dibawa oleh AR Rahman menerusi muzik.
![Tarikh konsert artis luar negara pada 20 Julai dipinda Tarikh konsert artis luar negara pada 20 Julai dipinda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719830558_Concert.jpg)
Tarikh konsert artis luar negara pada 20 Julai dipinda
Tarikh ditunda sebagai menghormati Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.
![Noraniza Idris kembali ke pentas dengan konsert Qalam Noraniza Idris kembali ke pentas dengan konsert Qalam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719569457_TBNoranizaIdris.jpg)
Noraniza Idris kembali ke pentas dengan konsert Qalam
Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris bakal tampil dalam konsert 'Qalam Noraniza Idris' di Panggung Bangsawan, Melaka, pada 27 hingga 29 September depan.
![Fourtwnty kembali ke Malaysia November depan menerusi konsert MyAcasa Fourtwnty kembali ke Malaysia November depan menerusi konsert MyAcasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719469416_fourtwnty.jpg)
Fourtwnty kembali ke Malaysia November depan menerusi konsert MyAcasa
Band dari Indonesia, Fourtwnty bakal singgah ke Malaysia sekali lagi menerusi konsert MyAcasa pada tahun ini.
![Bakar pentas berang artis tak muncul buat persembahan Bakar pentas berang artis tak muncul buat persembahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719368987_bakarpentas.jpg)
Bakar pentas berang artis tak muncul buat persembahan
Penonton ternyata kecewa kerana tiket konsert berkenaan telah mereka beli sejak enam bulan yang lalu.
![Spider masih berbisa depan 2,400 peminat dalam konsert 'Keluar Sarang' Spider masih berbisa depan 2,400 peminat dalam konsert 'Keluar Sarang'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719215065_kumpulanSpider.jpg)
Spider masih berbisa depan 2,400 peminat dalam konsert 'Keluar Sarang'
Konsert solo pertama itu dibarisi 20 buah lagu yang menjadi siulan peminat daripada pelbagai generasi.
![Dua wanita ditahan conteng jet peribadi disangka milik Taylor Swift Dua wanita ditahan conteng jet peribadi disangka milik Taylor Swift](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719028141_tbJetperibadiTayl.jpg)
Dua wanita ditahan conteng jet peribadi disangka milik Taylor Swift
Dua wanita ditahan selepas menconteng jet peribadi didakwa milik penyanyi popular dunia, Taylor Swift.
![Awie mahu kotakan janji, jaga kesihatan demi keluarga Awie mahu kotakan janji, jaga kesihatan demi keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718943421_AwieJagaKesihatan.jpg)
Awie mahu kotakan janji, jaga kesihatan demi keluarga
Awie berkongsiperkembangan terkini keadaan kesihatannya selepas menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian pinggangnya, pada tahun 2021.
!['Ada nilai sentimental di sini' - Westlife mahu kembali hiburkan peminat di Malaysia 'Ada nilai sentimental di sini' - Westlife mahu kembali hiburkan peminat di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718624316_Westlife.jpg)
'Ada nilai sentimental di sini' - Westlife mahu kembali hiburkan peminat di Malaysia
Dua jam peminat dihiburkan tanpa henti oleh ketiga-tiga anggota kumpulan dari Ireland yang dianggotai oleh Shane Filan, Kian Egan and Nicky Byrne.
![Slam masih berbisa, ubati rindu peminat di pentas DFP Slam masih berbisa, ubati rindu peminat di pentas DFP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707972538_kumpulanmuziklegen.jpg)
Slam masih berbisa, ubati rindu peminat di pentas DFP
Walaupun lebih tiga dekad mewarnai industri muzik tempatan, kumpulan ini membuktikan mereka masih relevan dalam industri hiburan tanah air apabila berjaya memukau sekitar 920 peminat setia yang hadir.