SELEPAS kejayaan demi kejayaan dilakar siri animasi Didi & Friends dan filem Didi & Friends The Movie, Warnakala Studios kembali dengan sebuah siri animasi baharu yang diberi judul Makania.
Produser dan Ketua Pegawai Eksekutif Warnakala Studios, Hairul Sofian berkata, Makania merupakan sebuah siri animasi yang berkisarkan tentang makanan dan juga pengembaraan dua beranak dalam merebut impian memenangi wang tunai menerusi sebuah pertandingan memasak.
“Keinginan untuk menerbitkan animasi-animasi baharu di bawah Warnakala Studios sentiasa ada dalam perancangan kami.
“Sama seperti naskhah sebelum ini, kami berharap agar Makania juga akan menempa kejayaan seperti animasi pertama kami iaitu Didi & Friends,” katanya.
Mengangkat makanan sebagai subjek utama, Hairul berkata, inspirasi untuk berbuat demikian datang daripada pemerhatian yang dibuat dalam kalangan masyarakat setempat.
“Inspirasi bagi Makania sebenarnya orang kita juga. Orang kita jika bab makan, nombor satu! Makanan kita sedap, disanjung di seluruh dunia.
"Bila nak makan tengah hari boleh bergaduh sebab tak tahu nak jawab soalan ‘Nak makan apa?’
“Bukan setakat bergaduh kecil, bergaduh dengan negara jiran pun ada, masing-masing nak claim siapa punya makanan lagi sedap!
"Dengan cef antarabangsa pun kita boleh marah. Ingat kes rendang crispy, kan?
“Jadi kami yakin cerita mengenai kecintaan kita terhadap makanan memang sesuai dijadikan resepi bagi sebuah siri animasi baharu,” katanya lagi.
Sementara itu, pengarah bagi Makania, Akmal ‘Kucha’ Aziz Asmawi menambah: “Selepas kejayaan filem Didi & Friends The Movie, kami di Warnakala Studios berselera besar untuk cabaran seterusnya - iaitu mencipta animasi yang baharu.
“Bagi kami yang bertahun lamanya berada di dunia comel Didi & Friends, terasa sudah tiba masanya untuk cuba hidangkan sesuatu yang segar kepada peminat animasi Malaysia,” katanya.
Lebih mengujakan, runut bunyi Makania telah diluncurkan pada 31 Oktober lalu dan ramai dalam kalangan peminat menyukai lagu garapan DJ Uno, JD Wong, Nazrin Mohd Nasir dan Daly itu.
Justeru, tidak hairan lagu berjudul My Way yang dinyanyikan oleh Arez Adnan dan Ahmad Irfan ini telah menerima lebih 700,000 tontonan sejak ia dilancarkan.
Makania menceritakan tentang Naz dan bapanya, Kareem yang menyertai pertandingan memasak Makania Next Top Chef (Mantop), sebuah rancangan realiti televisyen demi memenangi hadiah wang tunai lumayan.
Namun, bagaikan ada udang di sebalik batu, mungkinkah cita-cita mereka bakal memakan diri?
Saksikan Makania setiap Jumaat bermula 8 Disember ini pada pukul 3 petang atau strim pada bila-bila masa secara on demand melalui Astro Ultra Box & Astro GO.
Makania boleh didapati dalam Astro Pek Primary, hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto-debit. -Gempak
Gempak
Thu Dec 07 2023
Saksikan Makania setiap Jumaat bermula 8 Disember ini pada pukul 3 petang atau strim pada bila-bila masa secara on demand melalui Astro Ultra Box & Astro GO. -Gempak
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
KPDN Kelantan rampas pelbagai barangan seludup, barangan kawalan bernilai lebih RM6.8 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas pelbagai barangan seludup dan barangan kawalan dianggarkan bernilai lebih RM6.8 juta sejak awal Januari hingga semalam.
Kecintaan pada makanan resepi siri animasi baharu 'Makania'
Mengangkat makanan sebagai subjek utama, inspirasinya datang daripada pemerhatian yang dibuat dalam kalangan masyarakat setempat.