PENYANYI Wany Hasrita masih belum merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tahun ini.
Menurut penyanyi lagu Terlalu Memuja itu, dia mahu menumpukan perhatian terhadap kerjayanya terlebih dahulu.
"Tahun ini saya mahu fokus untuk kerja, tiada perancangan kahwin, sebenarnya saya sedang tumpukan perhatian dalam bidang pengacaraan juga.
"Masih belum ke peringkat seterusnya atau pun tidak, susah untuk saya kongsikan sebab tiada apa yang rasmi lagi setakat ini. Lainlah kalau sudah ada kad jemputan, barulah kita tahu," katanya kepada Gempak.
Wany berkata demikian ketika ditemui di acara pertunjukan koleksi Behati di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) pada Khamis.
Dalam pada itu, Wany juga menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia bakal berkahwin dengan seorang juruterbang dalam masa terdekat.
"Jadual kerja saya memang penuh hingga ke hujung tahun, maknanya dakwaan untuk kahwin dalam masa terdekat itu tidak benar," katanya.
Ditanya sama ada menjalin hubungan dengan seorang juruterbang ataupun tidak, Wany enggan mengulas lanjut.
"Bab itu, biarlah rahsia," tuturnya ringkas menutup bicara.
Menerusi laporan Gempak pada 29 Mac lalu, Wany tidak bersedia untuk mendedahkan gerangan jejaka yang berjaya menambat hatinya.
Menurutnya, dia memegang prinsip itu selepas belajar dari pengalaman sendiri serta rakan-rakan artis yang lain.
Artikel asal ini disiarkan di portal Gempak
Agensi
Fri Nov 05 2021

Menerusi laporan Gempak pada 29 Mac lalu, Wany masih belum bersedia untuk mendedahkan gerangan jejaka yang berjaya menambat hatinya. - Foto Astro GEMPAK

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Jamal Abdillah tampil mantap, memukau peminat dalam konsertnya
Kemunculan legenda pop tanah air, Jamal Abdillah pada konsert "Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura" membawa aura tersendiri.

Jamal Abdillah tarik diri AJL38
Syarikat rakaman FMC Music mengesahkan penyanyi, Datuk Jamal Abdillah menarik diri daripada bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38).

'Cantiknya nama anak solehah ni' - Wany Hasrita kongsi nama puteri sulung hari ketujuh kelahiran
Wany turut memuat naik sekeping gambar keluarga bersama suami dan cahaya mata sulung mereka ketika pulang dari hospital.

Wany Hasrita timang anak perempuan
Penyanyi Wani Hasrita selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada hari Sabtu, 7.14 petang secara normal.

Wany Hasrita nafi dakwaan rimas diasak soalan mengenai cahaya mata
Penyanyi Wany Hasrita mengakui tidak rimas walau kerap kali diajukan soalan berkaitan kehamilan dan cahaya mata.

Wany Hasrita, Mohd Al-Adib selamat diijab kabul
Penyanyi popular Wany Hasrita selamat bernikah dengan lelaki pilihannya Mohd Al-Adib Fahmi Harun, di Glam Hall, Damansara Perdana.

Wany Hasrita tamatkan zaman bujang
Penyanyi, Wany Hasrita pada Jumaat akhirnya membuat pendedahan bahawa dia akan memulakan rumah tangga secara sah.

"Akhirnya.. tumpas jua" - Wany Hasrita positif COVID-19, sambut Aidiladha dalam kuarantin
Menurut Wany ini kali pertama dia dijangkiti virus berkenaan setelah bertahan kekal negatif selama beberapa tahun.

Kahwin dalam masa terdekat? Ini jawapan Wany Hasrita...
Penyanyi Wany Hasrita masih belum merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tahun ini. Menurut penyanyi lagu Terlalu Memuja itu, dia mahu menumpukan perhatian terhadap kerjayanya terlebih dahulu.

'Saya peminat lagu you tau' - Michael Ang mohon maaf kepada Noraniza Idris
Alhamdulillah akhirnya dah berbaik