Bagaimanapun, Nora tidak mendedahkan perincian tentang proses rujuk tersebut.
Kata Nora, penjelasan ini dibuat bagi mengelak timbulnya fitnah.
"Dengan kuasa Allah SWT, kami sudah kembali rujuk.
"Manusia hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan," katanya seperti dilapor portal Utusan.
Terdahulu pada Ogos, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin, diceraikan menerusi rakaman video yang dikongsikan oleh penyanyi itu dalam Instagram.
Khamis lalu, dalam sidang media Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey, Nora memaklumkan dia menyerahkan kepada takdir mengenai kemungkinan untuk mereka rujuk kembali.