KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin mengakui, beliau ada menerima lamaran pernikahan, namun bukanlah daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa seperti yang didakwa sebelum ini.
Nora, 48, yang juga balu komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi itu, sebaliknya, menegaskan, lelaki yang mahu memperisterikan beliau itu merupakan personaliti yang bukan dalam kalangan orang terkenal.
"Saya fikir sudah sampai masanya untuk saya mengumumkan bahawa saya ada menerima lamaran daripada seseorang.
"Insya-Allah jika segala perancangan berjalan lancar, saya akan berkongsi mengenai hari bahagia saya dengan anda semua tidak lama lagi," katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi sebentar tadi.
Penyanyi yang popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu berkata demikian sebagai menjawab dakwaan kononnya beliau dan Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu sudah bernikah di selatan Thailand.
Bahkan, di media sosial tersebar sekeping salinan sijil pernikahan yang didakwa milik Nora dan Annuar.
"Demi Allah, saya dan Tan Sri (Annuar) tidak bernikah… saya sendiri tidak faham bagaimana ada pihak yang boleh buat tuduhan sedemikian.
"Sudah banyak kali saya nafi, Tan Sri juga sudah menafikannya, namun, masih ada yang nampaknya tidak percaya.
"Disebabkan itu, saya fikir sudah sampai masanya saya umumkan bahawa saya ada menerima lamaran pernikahan dan sedang merancang ke arah majlis itu," akui beliau lagi.
Menurut Nora, kesediaannya untuk bernikah dibuat selepas berfikir sedalam-dalamnya selain direstui oleh anak-anak.
"Anak-anak ada berkata, mereka akan memberi sokongan pada apa sahaja keputusan yang baik buat saya. Mereka hanya mahu melihat ibu mereka gembira," jelas Nora.
BACA: Digosip bernikah dengan Annuar Musa, ini penjelasan Nora
Dalam masa sama, Nora juga memaklumkan, keluarga di sebelahnya dan Allahyarham Johan turut sependapat sekiranya ada lelaki yang serius untuk memperisterikannya, elok sahaja dipertimbangkannya.
"Ibu Abang Johan juga ada berpesan pada saya sebelum beliau meninggal dunia sekiranya ada lelaki yang mahu mahu melamarnya, terima saja.
"Alhamduliillah, berkat restu dan sokongan anak-anak serta keluarga, saya sudah bersedia menerima lamaran itu," kata Nora.
Nora mengahwini Johan pada 1992 dan hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.
Johan, bagaimanapun meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung, sementara anak kedua pasangan itu, Muhammad Syakir Aliff pula menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun pada 13 Disember 2019.
Saharudin Musthafa
Tue May 18 2021

Datuk Nora Ariffin menjelaskan, lelaki yang mahu memperisterikan beliau bukanlah Tan Sri Annuar Musa seperti didakwa sebelum ini. - Gambar Instagram NORA ARIFFIN

Revolusi kewangan United, pejabat London bakal tutup?
Kelab tersebut sedang mengkaji semula keperluan pejabat mereka di London dan potensi penjimatan yang boleh dilakukan.

Presiden Palestin sambut baik pelan Mesir bina semula Gaza, gesa AS sokong
Pemimpin negara-negara Arab berkumpul di Kaherah pada 4 Mac untuk membincangkan satu pelan alternatif bagi membangunkan semula Gaza tanpa mengusir penduduknya.

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Liga Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

JDT kekang kuasa Buriram di laman sendiri
Pasukan tuan rumah berdepan isu penyudah yang tumpul, selain cabaran untuk mengatasi disiplin bertahan yang kukuh ditunjukkan JDT.

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.

Konsert solo pertama Nora Ariffin selepas tiga dekad
Turut diadakan, segmen khas 'Tribute to Johan Nawawi' sebagai penghormatan kepada Allahyarham sebagai tonggak kejayaan dalam kerjaya Nora.

Penceraian perlu ikut prosedur undang-undang - Mohd Na'im
Pasangan suami isteri yang ingin bercerai perlu mengikut prosedur berlandaskan undang-undang sedia ada di negara ini.

'Masa itu nampak putih saja' - Nora Ariffin cerita detik bertarung nyawa di ICU
Kata Nora, dia lebih menghargai kehidupan dan bertindak lebih tepat sekiranya berlaku kecemasan seumpama itu.

Lagu nyanyian anak Nora Ariffin terima anugerah MBOR, terima reaksi Jungkook BTS
Penyanyi, Putri Dahlia mengucapkan rasa syukur apabila lagunya yang berjudul Old Love menerima Anugerah The Malaysia Book Of Records.

"Pernikahan ini takdir Allah SWT" - Nora
"Dr Rushdi hadir dalam hidup saya tanpa dirancang. Kami tidak bercinta seperti orang lain, jauh sekali keluar bertemu."

Nora kembali bergelar isteri, nikah rakan baik arwah Johan Nawawi
Nora menerusi perkongsian di Instagramnya mendedahkan beliau kini sah bergelar isteri kepada Dr Rushdi Ramli.

Nora mengaku terima lamaran pernikahan tapi bukan daripada Annuar Musa
Kata Nora, lelaki yang mahu memperisterikan beliau merupakan personaliti yang bukan dalam kalangan orang terkenal.

"Alhamdulillah saya sihat, tidak dijangkiti COVID-19" - Nora Ariffin
"Mungkin ada yang keliru antara nama saya dengan Nora Danish." - Nora Ariffin

Digosip bernikah dengan Nora, Annuar Musa kesal orang lain terkena tempias fitnah
Annuar mengulas mengenai dakwaan yang tersebar di laman Twitter kononnya beliau bernikah dengan penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin.

'Hukum' anak mengikut syariat agama, Nora Ariffin maafkan semua orang
"Biarlah dia bertaubat dan meminta ampun pada kepada Allah SWT." - Nora Ariffin