KUALA LUMPUR:Selepas tertunggak sejak 2018 dan sukar menemui penyelesaian, isu agihan royalti berjumlah RM11.7 juta kepada penyanyi dan pemuzik rakaman di bawah Recording Performers Malaysia (RPM) dan Performers Rights and Interest Society of Malaysia Berhad (PRISM) akhirnya selesai hari ini.
Mesyuarat isu agihan royalti muzik dipengerusikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid bersama wakil badan pelesenan terbabit hari ini berjaya mencapai konsensus apabila memutuskan bayaran awal royalti berjumlah RM500 seorang kepada ahli dua badan pelesenan berkenaan pada Januari tahun depan.
Rosol berkata, royalti permulaan itu akan diagihkan kepada kira-kira 1,000 penggiat industri muzik yang bernaung di bawah dua badan itu, sebelum baki agihan dibuat selepas beberapa syarat diteliti oleh badan pelesenan berkenaan.
“Alhamdulillah, hari ini kita berjaya mencapai persetujuan supaya agihan royalti awal berjumlah RM500 dibuat bermula awal Januari depan, sebelum bakinya kira-kira RM11.2 juta diagihkan sebaik badan pelesenan itu menentukan jumlah bayaran yang tepat dan layak diterima ahli RPM dan PRISM.
“Dalam situasi kita berdepan dengan pandemik COVID-19 ini, saya pasti penyanyi dan pemuzik rakaman yang terlibat menarik nafas lega kerana kita juga faham mereka turut terjejas dan hilang sumber pendapatan.
“Bayaran royalti ini akan dilakukan oleh Music Rights Malaysia (MRM) yang sebelum ini bertindak sebagai badan tunggal kutipan royalti kepada PRISM menerusi Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) dan RPM,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Isu Agihan Royalti Muzik di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Bangsar, Kuala Lumpur, hari ini.
Pada mesyuarat itu, PRISM yang dibubarkan pada November 2018 diwakili MDI, manakala RPM diwakili Pengerusinya, Datuk Sheila Majid. Ia turut dihadiri Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Mohd Roslan Mahyudin, Datuk M Nasir (Music Aurthors Copyright Protection Bhd), Rosmin Hashim (Public Performers Malaysia) dan Mohamed Faizal Mohamed Fedder (MDI).
Penyelesaian yang dicapai dalam mesyuarat itu menamatkan kemelut isu agihan royalti penyanyi dan pemuzik rakaman di bawan naungan RPM dan PRISM yang tertunggak pada 2018 susulan penggulungan PRISM pada November 2018 dan penggulungan sukarela MRM selaku badan kutipan royalti tunggal pada Julai lalu.
RPM dan PRISM sebelum ini gagal menemui kata sepakat untuk agihan royalti berjumlah RM11.7 juta, selepas ahli PRISM mendaftar sebagai ahli RPM berikutan penggulungan PRISM.
Dalam pada itu Rosol berkata, mesyuarat turut dimaklumkan, MACP, PPM dan RPM menolak cadangan persatuan pengguna muzik untuk melaksanakan moratorium pembayaran royalti.
“Persatuan pengguna muzik antaranya merangkumi pengusaha hotel, pusat beli belah dan pemilik restoran mengemukakan cadangan itu selepas perniagaan mereka terkesan dengan pandemik COVID-19.
“Bagaimanapun, mesyuarat dimaklumkan, tiga badan pelesenan berkenaan tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana mereka turut terjejas dan hilang punca pendapatan disebabkan ancaman COVID-19.
“Mereka melihat moratorium tidak wajar dilaksanakan kerana penggiat industri muzik juga tiada punca pendapatan sepanjang pandemik COVID-19 melanda. Namun, badan pelesenan ini sedia berunding dengan persatuan pengguna untuk menetapkan kadar bayaran royalti yang munasabah, sesuai dengan keadaan semasa,” katanya.
Astro Awani
Wed Dec 09 2020

Sebelum ini media melaporkan, agihan royalti kepada penyanyi dan pemuzik rakaman di bawah dua badan pelesenan kutipan royalti muzik akan dibayar selewat-lewatnya Disember ini. - Gambar fail
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Langkah Dubai: Rosol yakin kerajaan akan bertukar
Ini kerana rakyat ketika ini tidak berpuas hati berhubung isu melanda negara terutama melibatkan kos sara hidup serta kenaikan harga barang.

PRU15: PN Terengganu kemuka senarai calon pada 3 Nov - Rosol
Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan senarai calon yang akan bertanding di lapan kerusi Parlimen di Terengganu pada PRU15, 3 November depan.

Kartel ayam: MyCC lanjut tempoh representasi lima syarikat ke 19 Disember
Representasi itu bagi tujuan untuk pihak terbabit mengemukakan bukti sekali gus menafikan kesalahan menaikkan kuantum harga makanan ternakan itu sebelum ini.

Bekalan makanan cukup sempena Deepavali - Rosol
Bekalan makanan dan keperluan pada musim perayaan Deepavali dijamin mencukupi, kata Timbalan Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Rosol Wahid.

Perkasa peranan Rakan KPDNHEP melalui pemberian insentif
Kini terdapat lebih 800,000 Rakan KPDNHEP yang berdaftar di seluruh negara, namun hanya 10 peratus yang benar-benar aktif.

KPDNHEP akan bincang dengan pembekal isu bekalan telur ayam - Rosol
KPDNHEP akan berbincang dengan pihak pembekal telur ayam di negara ini bagi menyelesaikan masalah bekalan bahan makanan itu yang disifatkan tidak stabil di pasaran.

Lebih ramai penduduk pedalaman, luar bandar nikmati harga barang lebih murah tahun depan
Peruntukan RM200 juta melalui Bajet 2023 bagi menampung kos pengangkutan untuk Program Penyeragaman Harga dan Pengedaran Barang Perlu.

KPDNHEP teruskan Program Food Bank Malaysia bantu mangsa banjir
Bagi membantu mangsa banjir sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka melanda tidak lama lagi.

KPDNHEP bincang isu bekalan telur ayam Isnin ini
Rosol berkata, ketika ini situasi bekalan telur ayam di dalam negara masih terkawal.

KPDNHEP rancang adakan KBM lebih besar tahun hadapan
Karnival itu akan diadakan seperti MAHA yang mengumpulkan semua barangan tempatan di One-Stop Showcase.