Filem adaptasi novel terkenal, ‘Fifty Shades of Grey’ yang mengandungi elemen erotik dilihat mengundang perpecahan nilai murni masyarakat di negara ini.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi berkata, babak-babak panas di dalam filem berkenaan sebenarnya boleh mempengaruhi golongan muda-mudi untuk mencontohi adegan berkenaan di alam nyata.
"Sebenarnya filem ini mempengaruhi masyarakat kita secara keseluruhannya. Apa yang dilakukan kerajaan dilihat langkah bijak yang harus dihargai semua.
"Jika ia tidak disekat, pasti pelbagai gejala sosial lain boleh timbul akibat pengaruh penonton kepada filem ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Filem adaptasi novel itu diumum tidak akan ditayangkan di pawagam Malaysia kerana mengandungi elemen-elemen erotik.
Pengedar filem itu di Malaysia, United International Pictures (UIP), pada awalnya berkata filem itu akan ditayangkan pada 12 Februari ini.
Namun menurut laman web cinema.com.my, pihak UIP mengesahkan filem berkenaan tidak akan ditayangkan di negara ini.
Dalam pada itu kata Zed Zaidi, penayangan filem itu dilihat bentuk agenda negara Barat untuk merosakkan budaya murni ketimuran yang dipegang negara sejak sekian lama.
"Ini agenda luar yang cuma 'cucuk jarum' melalui propaganda filem untuk merosakkan budaya dan keharmonian antara kaum.
"Mereka (negara barat) memang sentiasa cuba merosakkan negara luar dengan anasir yang dibawa melalui muzik, gambar-gambar dan kini melalui filem.
"Apabila 'jarum' mereka 'dicucuk', satu pembawaan imej mengikut kemahuan barat dapat dilabel di dalam fikiran golongan sasar, seperti contoh mereka melabel pengganas dengan orang Arab," jelasnya.
Katanya lagi, pelbagai aspek negatif yang cuba diserap di dalam filem sebelum ini harus dipantau kerajaan terhadap filem-filem berunsur negatif selepas ini.
"Sebagai contoh, ada filem yang mengajar cara-cara mencuri dengan teknik profesional dan ia diikut penjenayah di negara ini.
"Sama juga konsepnya dengan filem berunsur erotik seperti ini. Ia hanya mengundang pelbagai masalah dan gejala sosial yang hanya memalukan negara kelak," jelasnya.
Di Amerika Syarikat, filem ini mendapat klasifikasi ‘R’ di mana mereka di bawah umur 18 tahun masih boleh menonton filem berkenaan dengan ditemani orang dewasa.
Singapura pula masih menanti klasifikasi rasmi untuk filem itu.
Astro Awani
Thu Feb 05 2015

ZED ZAIDI: Filem erotik bunuh budaya ketimuran negara. -Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Isu Fifty Shades of Grey: Sudahlah bogel, ikat di tiang katil pula - Pengerusi LPF
Adegan seks sadis yang di dalam filem adaptasi novel terkenal, 'Fifty Shades of Grey' disifatkan keterlaluan dan terlalu 'luar biasa'.

Isu Fifty Shades of Grey: Filem erotik bunuh budaya ketimuran negara - Zed Zaidi
Filem adaptasi novel terkenal, Fifty Shades of Grey yang mengandungi elemen erotika dilihat mengundang perpecahan nilai murni masyarakat di negara ini.