BARU beberapa jam pelakon dan penyanyi Fattah Amin memuat naik teaser single terbarunya berjudul Isterimewa di Instagram (IG), video tersebut sudah mencecah hampir 300 ribu tontotan.

Lagu versi akustik itu telah membuatkan rata-rata peminat Fattah ‘histeria’ dan tidak sabar menanti ia dilancarkan secara rasmi.

Ada juga peminat yang memuji vokal Fattah yang dikatakan semakin ‘padu’ dan ‘mantap’.

Menurut Fattah, lagu ciptaan Mel Imran itu mengisahkan tentang luahan ikhlas isi hati seorang lelaki yang ingin menjadikan wanita istimewa dalam hidupnya sebagai isteri.

BACA: 'Saya tak akan tipu peminat' - Fattah Amin

BACA: Pulang dari New York, Fazura kena kejutan dengan Fattah Amin

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi di atas kurniaan Ilham dariNya. Malam ini saya dapat kongsikan akustik teaser ‘ISTERIMEWA’ hasil ciptaan sepenuhnya oleh sahabat saya @melramlan . . . Lagu ini mengisahkan luahan ikhlas isi hati seorang lelaki yang ingin menjadikan wanita istimewa dalam hidupnya sebagai isteri. . . Versi akustik ini adalah TEASER kepada single terbaru saya, 'ISTERIMEWA' yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. . . Untuk mendengar full version ‘ISTERIMEWA’ versi akustik ini anda boleh click link bio di atas sekarang. Terima kasih di atas sokongan peminat-peminat saya yang sentiasa ada di hati saya, menyokong kerjaya saya. Anda semua terlalu istimewa bagi saya. Terimalah... . #Isterimewa @universalmuzikmy

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on


Dalam banyak-banyak pujian yang ditulis netizen, kami tertarik dengan komen yang mengatakan Fattah Amin boleh jadi seperti Anuar Zain.

Peminat Fattah turut mendoakan bintang kesayangan mereka itu terus sukses dalam kariernya sebagai penyanyi dan pelakon.




Foto/Video: Instagram @fattahaminz