Fattah melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malek Soleh pada jam 9.45 pagi.
Peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Fazura atau nama penuh, Nur Fazura Sharifuddin, 41, mengesahkan perkara ini.
Pada 25 September lalu, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 33, menyatakan belum bersedia menceraikan isterinya, Nur Fazura Sharifuddin, ketika prosiding pertama di mahkamah yang sama.
Isu keretakan rumah tangga pasangan itu menjadi topik hangat dalam media sosial sejak beberapa bulan yang lalu apabila dikatakan tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran dalam akaun masing-masing.
Teka-teki hubungan mereka kemudiannya terlerai apabila Fazura memfailkan permohonan cerai pada 13 September lalu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4