ISTERI kepada penyanyi rap MK K-Clique iaitu Siti Hajaar selamat melahirkan cahaya mata pertama pada Sabtu.

Berita gembira itu itu dikongsikan oleh MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, 28, di Instagram miliknya yang turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi perempuannya itu.


Cahaya mata


“Alhamdulillah ya Allah! Hari ini 3 Ogos 2024 isteri saya (Hajar) selamat melahirkan seorang puteri. Ini anugerah terbesar daripada Allah,” katanya.

Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen selain mendoakan supaya pasangan ini mampu menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa dengan baik.

Terdahulu, perkongsian video memperlihatkan ‘baby bump’ isteri kepada penyanyi rap dan pelakon MK K-Clique, Siti Hajaar Syeikh Nordin baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-ratanya mengucapkan tahniah atas kehamilan pertama pasangan itu namun ada juga di antara mereka yang membuat tekaan Siti Hajaar sedang hamil anak kembar.

Bagaimanapun, Siti Hajaar membalas setiap komen dengan mengharapkan semua orang mendoakan kehamilan seterusnya selepas ini dikurniakan rezeki anak kembar.

Untuk rekod, MK dan Hajar bernikah pada 16 Jun tahun lalu di Ampang, Selangor. -Gempak