PENYANYI rap MK K-Clique tidak pernah kesal dengan keputusan ahli kumpulan K-Clique dan juga sahabatnya, Tuju yang memilih untuk mengundurkan diri daripada kumpulan berkenaan akhir tahun lalu.
Malah MK, 27, atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, memohon maaf daripada Tuju seandainya ada kesilapan yang dilakukan olehnya atau ahli kumpulan K-Clique.
“Sebelum ini saya ada dengar Tuju cakap dia keluar K-Clique tapi saya tak pasti di mana. Tapi bagi saya kami adalah adik beradik, sudah macam keluarga.
“Jadi dia boleh keluar dan boleh masuk sebab kami adik beradik. Kalau ada perselisihan pun, kita selesaikan di dalam, maksudnya mungkin saya ada salah dengan dia, saya minta maaf.
“Alang-alang, saya di sini secara terbuka mahu minta maaf kalau saya ada salah silap dengan dia.
"Saya mewakili K-Clique mahu minta maaf kalau dia ada tersinggung atau ada buat dia terasa hati.
“Sejujurnya dari hati saya, saya minta maaf. Kami K-Clique dari dulu sampai sekarang adalah keluarga.
"Saya sentiasa akan bawa nama K-Clique. Sebab itu ada nama K-Clique di belakang MK," katanya kepada Gempak.
Ditanya sama ada akan menantikan kepulangan Tuju ke K-Clique, kata MK dia sentiasa terbuka untuk menyambut semula 'ahli keluarganya' itu.
“Kami adalah keluarga, nama sentiasa dalam hati dan dalam doa. Jadi nak jangka dan tunggu kau balik, tidaklah tapi macam mana pun kami tetap keluarga.
“Kumpulan K-Clique juga macam kumpulan lain pastinya ada reunion tapi buat masa sekarang, mungkin dia sedang melakar perjalanan dia.
"Jadi saya sokong dan mendoakan untuk dia melakar perjalanan yang berwarna warni. Insya-Allah
“Kami juga respek kepada privasi dan pendirian masing-masing,” katanya.
Untuk rekod, Tuju atau nama sebenarnya Mohd Azree Shah Awang Zamree dipercayai telah mengundurkan diri dari K-Clique sekitar akhir tahun lalu dan perkara itu pernah disahkan oleh anggota kumpulan itu, Noki.
MK yang ditemui di Majlis Pengiktirafan Malaysia Book of Records 'Most Straight A's SPM Student In Tuition Centre yang berlangsung di IDCC Shah Alam, pada Sabtu mengakui merindui kumpulannya.
“Ya saya rindu semua, K-Clique ada lapan orang dan kami dari susah, dari zaman tiada nama dan sekarang.
"Alhamdulillah Allah bagi rezeki terkenal sampai Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak, jadi saya rasa orang boleh faham hubungan kami macam mana,” katanya.
Dalam perkembangan lain, MK berkata K-Clique sedang dalam penghasilan single baharu dan dijangka akan keluar dalam tahun ini juga.
“Insya-Allah kami akan keluar dengan lagu baharu, anda semua rindu K-Clique, saya pun rindu nak perform dengan abang-abang saya,” katanya. -Gempak
Gempak
Sun Sep 03 2023

MK memohon maaf daripada Tuju seandainya ada kesilapan yang dilakukan olehnya atau ahli kumpulan K-Clique. -Gempak

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bapa MK K-Clique meninggal dunia
PENYANYI rap, MK K-Clique memaklumkan bahawa bapanya, Hamdan Abdul Razak telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Ahad.

Isteri MK K-Clique selamat lahirkan cahaya mata perempuan
Berita gembira itu itu dikongsikan oleh MK di Instagram miliknya yang turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi perempuannya itu.

Saya tak takut dibenci penonton kerana watak jahat - MK K-Clique
Selain Ben dan MK K-Clique, filem arahan sulung Awie itu turut dibintangi Shiqin Kamal, Noralbaniah, Azlan Komeng dan Awie sendiri.

Bapa mentua MK K-Clique meninggal dunia
Suami kepada pelakon Datin Seri Noniswara Baharuddin iaitu Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad meninggal dunia pada malam Ahad.

'Kami dah macam keluarga' - MK mohon maaf jika jadi punca Tuju keluar K-Clique
MK memohon maaf kepada Tuju seandainya ada kesilapan yang dilakukan olehnya atau ahli kumpulan K-Clique.

Kehadiran MK K-Clique ke ceramah Ustaz Abdul Somad tarik perhatian netizen
Berhibur-hibur juga, soal agama tetap nombor satu...

MK K-Clique dedah hanya ambil masa 2 minggu rancang kahwin Siti Hajaar
MK K-Clique mendedahkan persiapan untuk mendirikan rumah tangga dengan Siti Hajaar Syeikh Nordin hanya diambil dalam masa dua minggu sahaja.

MK K-Clique selamat bergelar suami Siti Hajaar
Tahniah buat MK K-Clique dan Siti Hajaar.

MK K-Clique sudah bertunang?
MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan dilihat mengenakan busana bewarna merah hati sedondon dengan wanita tersebut.