ISTERI kepada pelakon Ako Mustapha, Kartina Shuaib mendedahkan yang suaminya kini berada dalam pemantauan doktor selepas dikejarkan dan dirawat di zon merah kritikal Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi semalam.
Kartina berkata, kesihatan Ako merosot akibat ketiadaan insulin dalam badannya, sehingga menyebabkan saraf dan otot tubuh tidak dapat berfungsi.
“Saya tiada di rumah sejak hujung minggu lalu, ada outstation. Ako di rumah dengan anak-anak, tetapi dia bekerja seperti biasa. Saya tidak tahu yang dia tidak ambil ubat kencing manis ketika ketiadaan saya.
“Jadi, ketika tiba di rumah pukul 3 pagi tadi, saya lihat wajah dia dah lain macam. Dia beritahu yang dia muntah selepas minum air dan sup. Apa sahaja yang masuk keluar balik. Saya cadang pergi hospital tetapi dia enggan.
“Kemudian bila bangun tidur, saya beri dia minum air dan sup, tetapi muntah lagi. Muka dia pula dah mula senget. Saya hubungi ambulans dan Ako terus dibawa ke HKL. Bila sampai HKL, Ako dimasukkan ke zon merah kritikal. Menurut doktor, insulin dalam badannya kosong dan disebabkan itu, saraf serta otot tidak dapat berfungsi,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam pada itu, Kartina menambah, keadaan Ako tidak ada kena mengena dengan penyakit strok, tetapi disebabkan masalah diabetes yang dialami.
“Jadi doktor cakap bukan strok, tetapi sebab insulin tiada dalam badan. Dia sekarang dalam pemantauan dan doktor beri dia enam liter air serta glukosa beserta insulin.
“Doktor turut berkata yang mereka akan memantau Ako dalam tempoh 24 jam dengan harapan apa yang dimasukkan dalam badannya, tidak ditolak,” katanya lagi.
Dalam perkembangan terkini, Kartina berkata yang Ako kini sudah boleh membuka mulut dan bercakap.
“Ketika tiba di hospital, dia tak boleh bercakap, pernafasannya lemah dan kuantiti oksigennya menurun. Tetapi doktor di HKL sangat pantas melakukan kerja. Sekejap sahaja siap. Saya puji ketangkasan mereka.
“Selepas rawatan kecemasan yang diberikan, Ako sudah mula boleh buka mata, boleh senyum,” katanya lagi.
Terdahulu pada Februari, Ako menerusi kemas kini Instagram memberitahu yang dia positif COVID-19.
Ako berkahwin dengan Kartina Shuaib pada 17 Januari 2009 dan pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata.
Gempak
Fri Aug 05 2022

Ako berkahwin dengan Kartina Shuaib pada 17 Januari 2009 dan pasangan ini mempunyai empat orang cahaya mata. - Foto Astro GEMPAK

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

'Insulin dalam badannya kosong' - Isteri Ako Mustapha kongsi momen cemas ketika suami dikejarkan ke hospital
Kesihatan Ako merosot akibat ketiadaan insulin dalam badannya, sehingga menyebabkan saraf dan otot tubuh tidak dapat berfungsi.

Pelakon Ako Mustapha dikejarkan ke HKL, isteri mohon doakan suami
Pelakon Ako Mustapha dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan kini di rawat di bahagian kecemasan.