PENYANYI Alif Satar dan kugirannya The Locos tidak menjangka akan menerima tawaran untuk mengadakan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas pada 28 Ogos depan.
Menganggap ia satu pengiktirafan, Alif memberitahu pengurusnya memaklumkan mengenai tawaran itu ketika dia sedang mengerjakan haji pada Jun lalu.
“Saya terima panggilan telefon daripada pengurus sewaktu mengerjakan haji dan dimaklumkan berita gembira mengenai tawaran daripada DFP.
“Saya kata ‘wow’ sebab panggilan macam ini, hanya penyanyi-penyanyi seperti Siti Nurhaliza saja akan dapat.
"Kalau di AS ada Walk Of Fame, DFP pula ibarat satu pengiktirafan buat penghibur tempatan," katanya kepada Gempak.
Menurut Alif lagi, sepanjang terlibat sebagai anak seni sejak 2006, memang dia tidak mengharapkan sebarang anugerah namun jauh di lubuk hati ada impian mahu mengadakan persembahan di DFP.
Alif atau nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar, turut bersyukur apabila permintaannya agar persembahan mereka diiringi oleh Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) turut mendapat persetujuan daripada DFP.
“Ada syarat kami berikan sebelum bersetuju buat persembahan di DFP iaitu kami mahu band Alif Satar & The Locos turut diiringi MPO.
"Jadi, seminggu jugalah kami kena tunggu jawapan. Ingatkan dalam tempoh tu dah tak ada peluang nak buat persembahan lagi.
"Akhirnya kami berjaya dan ini adalah keberkatan doa di sana (Mekah),” ujarnya.
Konsert Lochestra: Alif Satar & The Locos With MPO bersempena sambutan ulang tahun jubli perak dewan berprestij berkenaan akan dikendalikan oleh pengarah muzik Ahmad Muriz Che Rose.
Selain Alif, anggota lain akan turut menjayakan persembahan itu ialah gitaris Tam Cobain, Efry Arwis (bass), Rajwan Juni (dram), dan Faliq Auri (saksofon).
Mereka juga akan diiringi kira-kira 60 ahli MPO.
Untuk rekod, Alif Satar & The Locos yang ditubuhkan pada 2018 sudah membuat pelbagai persembahan di dalam dan luar negara, termasuk Singapura dan United Kingdom. -Gempak
Gempak
Fri Jul 28 2023

Selain Alif, anggota lain akan turut menjayakan persembahan itu ialah gitaris Tam Cobain, Efry Arwis (bass), Rajwan Juni (dram), dan Faliq Auri (saksofon). -Gempak

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Jamal Abdillah tampil mantap, memukau peminat dalam konsertnya
Kemunculan legenda pop tanah air, Jamal Abdillah pada konsert "Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura" membawa aura tersendiri.

Konsert 'Triad', kegilaan tiga jam yang amat berbaloi!
MEMANG sukar untuk dipercayai sebenarnya apabila melihat Datuk Awie mampu 'henjut' lebih 25 buah lagu bersama tiga kumpulan rock berbeza untuk tempoh tiga jam tanpa henti.

Bukan sekadar konsert, 'Here I Am' refleksi perjalanan seni Rossa
"Here I Am." Frasa ringkas tetapi penuh makna bagi Ratu Pop Indonesia Datuk Seri Rossa yang memilih ungkapan itu sebagai tajuk konsert terbesarnya pada 14 Jun depan.

Gandingan Tomok-Nana menjadi, Konsert Memori Mungkin Berulang nyata hebat
Tomok dan Nana memberi persembahan cukup bertenaga untuk menghiburkan peminat masing-masing dalam Konsert Tomok dan Siti Nordiana: Memori Mungkin berulang.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Januari 2025.

Polis tahan tiga individu terlibat jual dadah ketika konsert di Bandar Sunway
Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan menjual dadah pada konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway baru-baru ini.

'Prom Nite' Melly Goeslaw 31 Mei depan
Pada konsert itu nanti, beliau akan menampilkan sesuatu yang baharu serta istimewa dan pastinya tidak pernah dibawa sebelum ini.

Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK
Beliau berkata proses saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah tidak boleh dilakukan sembarangan serta mengambil masa.

Konsert: Cadangan saringan air kencing libatkan individu timbulkan syak sahaja
Cadangan pelaksanaan ujian air kencing sebelum memasuki konsert di Selangor hanya melibatkan individu yang menimbulkan syak sahaja.

Selangor syor saringan air kencing dijadikan SOP sebelum memasuki konsert
Datuk Ng Suee Lim berkata syor itu antara perkara yang bakal dibincangkan dan diperincikan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Rabu ini.