APAKAH kenangan atau memori terindah yang pernah anda dapatkan dalam tahun ini?
Adakah ia tentang pencapaian peribadi atau sekadar melancong mahupun berhibur dengan pelbagai acara hiburan yang dihidangkan sepanjang 2023?
Jika masih ada yang belum mendapatkan atau mahu melengkapkan memori terindah untuk tahun ini, Konsert Memori Terindah 2023 adalah jawapan kepada ‘kekosongan’ yang akan melengkapkan kembara hiburan anda.
Mengapa tidak? Kerana Konsert Memori Terindah 2023 yang dibawakan oleh Mutiara Optimum Sdn Bhd dan diterbitkan One Event Resources hadir dengan barisan pemuzik dan penyanyi terbaik kolaborasi Indonesia dan Malaysia.
Mereka ialah Ifan Seventeen dan Anggi Marito (Indonesia), Alif Satar & The Locos (Malaysia).
Ketiga-tiga penyanyi ini akan bertemu dan menghiburkan peminat menerusi Konsert Memori Terindah 2023 yang dijadual berlangsung di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre pada 11 November 2023 pukul 8 malam.
Gabung Indonesia & Malaysia!
Penganjur Adam Hanafi dari Mutiara Optimum Sdn Bhd menyifatkan Konsert Memori Terindah 2023 yang menggabungkan pemuzik dan penyanyi dari Indonesia dan Malaysia, dengan masing-masing sudah lama memikat hati penggemar adalah sebuah acara yang mempunyai nilai tersendiri.
“Konsert Memori Terindah 2023 adalah sebuah penganjuran yang menggabungkan kolaborasi pemuzik atau penyanyi dengan kualiti dan telah memahatkan memori tersendiri buat peminat.
“Siapa yang tidak kenal dengan Ifan Seventeen, penyanyi bersuara gemersik bersama untaian lirik dan lagu yang cukup melankolik.
“Kami mengambil contoh hanya satu lagu Seventeen iaitu Kemarin dan kami percaya bukan hanya Ifan yang mempunyai Memori Terindah mengenai lagu dan Allahyarham anggota lainnya tetapi peminat juga mempunyai kenangan peribadi terhadap lagu ini.
“Bersama Ifan kami hadirkan Anggi Marito, peserta Indonesian Idol yang mempunyai vokal cukup memukau sekali gus menjadi satu-satunya bunga di dalam konsert ini.
“Dan untuk mencapai matlamat kami iaitu memastikan silaturahmi antara dua negara tetap terjalin baik, Alif Satar & The Locos adalah pemuzik paling tepat mewakili Malaysia dalam Konsert Memori Terindah 2023.
“Dengan itu kami percaya Konsert Memori Terindah 2023 akan menjadi konsert yang akan membuat anda pulang dengan kenangan terbaik sepanjang tahun ini,” ujar Adam Hanafi dari Mutiara Optimum Sdn Bhd.
Ifan tanpa anggota asal Seventeen
Sementara itu bagi Ifan kesempatan beraksi di Malaysia setelah sekian lama tidak menghiburkan peminat di sini adalah sebuah peluang yang tidak boleh dilepaskan.
Apa lagi di Konsert Memori Terindah 2023, Ifan akan tampil tanpa anggota asal Seventeen iaitu Allahyarham Bani, Herman, Andi yang meninggal dunia dalam tragedi tsunami pada 22 Disember 2018 silam.
“Konsert Memori Terindah 2023 akan menjadi momen yang signifikan buat saya secara peribadi dan mantan anggota Seventeen lainnya kerana ia membuktikan meski tanpa kehadiran sosok Allahyarham Bani, Herman, Andi, muzik kami masih tetap dicintai rakyat Malaysia.
“Alangkah indah jika kesemua sahabat saya yang sudah ‘berpulang’ dan dicintai dapat menyaksikan Konsert Memori Terindah 2023 ini,” ujar Ifan.
Muzik platform universal Bagi Alif Satar, inisiatif yang diambil Mutiara Optimum Sdn Bhd menganjurkan konsert membabitkan pemuzik dua negara serumpun akan terus menyuburkan industri muzik Nusantara.
“Ini menunjukkan meski berbeza negara, mempunyai sedikit perbezaan bahasa namun muzik adalah sebuah platform yang universal dan bukan hanya mampu malah bakal memberi peminat kenangan terindah.
“Sampai jumpa di Konsert Memori Terindah 2023 pada 11 November 2023 kerana sudah pasti kami akan memberikan persembahan yang terbaik buat semua,” ujar Alif.
Tiket-tiket Konsert Memori Terindah 2023 yang berharga RM158 sehingga RM988 (Meet & Greet) sudah boleh dibeli di myticketasia.com atau hubungi talian 019 7860 144.
Pastikan temu janji anda bersama Konsert Memori Terindah 2023 pada 11 November 2023 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre untuk melengkapkan kenangan terhebat yang pernah dirasai pada tahun ini. -Gempak
Gempak
Sun Sep 17 2023

IFAN: Alangkah indah jika kesemua sahabat saya yang sudah berpulang dan dicintai dapat menyaksikan Konsert Memori Terindah 2023 ini. -Gempak

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Gempa bumi 5.8 magnitud landa Sulawesi Tengah Indonesia
Pada mulanya, agensi itu melaporkan magnitud gempa bumi itu berskala 6.1 tetapi kemudian menyemaknya kepada 5.8.

Gempa bumi 6.9 magnitud landa Kyushu Jepun, amaran tsunami dikeluarkan
Gempa bumi dengan magnitud awal 6.9 melanda wilayah Kyushu di selatan Jepun pada Isnin, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Tsunami 20 tahun: Hikmah 59 mangsa berlindung dalam kapal atas rumah
Nilawati berkata kebergantungan tidak berbelah bahagi kepada Tuhan membuka rezeki diselamatkan daripada ombak dahsyat berkenaan.

Dua Dekad Tsunami: Aceh bertafakur tiga minit
Majlis khas sempena memperingati 20 tahun tsunami Aceh dengan tema Aceh Thanks The World sekali gus mengangkat iltizam rakyat Aceh Beranjak dari Masa Lalu, Menuju Masa Depan Bersyariat.

Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.

20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.

Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.

Amaran tsunami ditarik balik selepas gempa bumi 7.3 magnitud landa Vanuatu
Gempa berlaku pada 12:47 waktu tempatan pada Selasa, dengan kedalaman 43 kilometer, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.