Ringkasan AI
- Pelakon Zarina Zainuddin memaklumkan bahawa ibunya, Zahura Abdul Mutalib, telah meninggal dunia awal pagi Rabu selepas waktu Subuh.
- Berita duka ini dikongsi oleh Zarina di Instagram, di mana beliau meminta agar orang ramai mendoakan ibunya ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh dan beriman.
- Jenazah akan dimandi, disolat, dan dikebumikan di Ipoh, Perak hari ini.
Meninggal Lepas Subuh
Berita duka itu dikongsi Zarina di Instagram (IG) yang memaklumkan ibu tersayang menghembuskan nafas terakhir selepas waktu Subuh tadi.
“Assalamualaikum mak saya Zahura binti Abdul Mutalib baru saja meninggal dunia selepas subuh pagi ni,” kongsinya.
Zarina turut memaklumkan kali terakhir dia berhubung dengan ibunya itu adalah pada jam 2 pagi tadi selepas selesai penggambaran.
“Tolong doakan mak saya semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan beriman.
“Arwah akan dimandi, disolat dan dikebumikan di Ipoh, Perak.
“Last saya bermesej dengan mak saya malam tadi waktu saya balik dari shooting jam 2.30 pagi. Al fatihah,” tutupnya.
Jenazah ibunya itu akan dikebumikan di Ipoh, Perak hari ini. -Gempak