PASANGAN plelakon Korea Selatan, Hyun Bin dan Son Ye Jin bergelar suami isteri hari ini dalam satu majlis tertutup.
Hal itu disahkan oleh agensi pengurusan, VAST Entertainment dan MSTeam dalam satu kenyataan.
"Son Ye Jin dan Hyun Bin mengadakan majlis perkahwinan mereka hari ini. Majlis ini akan diadakan secara tertutup kerana mengambil kira situasi COVID-19, jadi kami memohon anda memahaminya. Kami berkongsi kegembiraan dengan gambar dari majlis perkahwinan mereka.
“Kami merakamkan rasa terima kasih atas doa dan sokongan yang dihantar untuk permulaan baharu mereka," kenyataan itu menyebut.
Hyun Bin dan Son Ye Jin membintangi filem “The Negotiation” pada 2018 sebelum kembali bergandingan dalam yang mencipta fenomena, “Crash Landing on You” pada 2019.
Mereka mengesahkan hubungan mereka pada Januari 2021 dan mengumumkan perkahwinan mereka pada Februari tahun ini.
Madiha Abdullah
Thu Mar 31 2022

Hyun Bin dan Son Ye Jin bergelar suami isteri hari ini dalam satu majlis tertutup. - VAST Entertainment

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Hyun Bin, Son Ye Jin kini suami isteri
Pasangan plelakon Korea Selatan, Hyun Bin dan Son Ye Jin bergelar suami isteri hari ini dalam satu majlis tertutup.

Pasangan 'Crash Landing On You' sah berpacaran
Hyun Bin dan Son Ye-jin dilaporkan mula menjalin hubungan romantik sejak lapan bulan lalu.