INGATKAH anda pada filem seram popular pada tahun 2008 berjudul "Histeria"?
Kini filem seram tersebut kembali dengan kisah sambungannya menerusi Histeria The Series.
"Histeria the Series" terbitan Astro Shaw dan produksi oleh Infinitus Gold ini menampilkan sebuah drama siri premium yang mengangkat kisah pelajar sekolah yang diganggu dengan misteri kematian pelajar 10 tahun lalu.
Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, selain mempertaruhkan genre seram, kali ini Astro Originals tidak terkecuali dalam meletakkan isu-isu sosial remaja kini dalam terbitan mereka.
“Filem Histeria merupakan salah satu IP (Intellectual Property) di bawah Astro Shaw, dan kami merasakan jalan ceritanya masih relevan sehingga kini.
"Jadi kami kembalikan filem tersebut menerusi drama siri premium.
“Meskipun ia adalah kesinambungan daripada filem terdahulu, namun jalan cerita bagi siri ini mempersembahkan naratif baru dengan konflik yang dekat dengan masyarakat dan mudah untuk difahami.
“Kami berhasrat agar Histeria The Series bukan sahaja memberikan nilai hiburan kepada penonton, malah ia dapat membuka mata lebih ramai pihak mengenai isu-isu dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan guru yang mampu menjadi pengajaran,” jelasnya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana Histeria The Series yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala lumpur pada Selasa.
Naskhah "Histeria the Series" diterajui oleh pelakon-pelakon muka berbakat tanah air seperti Mia Sara Datuk Afdlin Shauki, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid AlYahya, Amelia Christie dan Serra Kamal.
Lebih menarik, ia juga mengembalikan pelakon dan watak asal daripada filem "Histeria" iaitu Liyana Jasmay sebagai Murni dan turut membariskan pelakon terkenal Namron, Tony Eusoff, Ziana Zain, Ziha Salleh, Fimie Don, Mathni Razak dan Dr Rosdeen Suboh.
"Histeria the Series" mengisahkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah berasrama mulai dihantui oleh perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku di sekolah mereka 10 tahun yang lalu.
Sejak daripada penyiasatan mereka, satu persatu insiden dan perkara ngeri berlaku sehingga menyebabkan kejadian yang berlaku pada 10 tahun lalu bakal berulang.
Episod pertama "Histeria the Series" akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9 malam, 6 Jun ini.
Manakala untuk minggu-minggu seterusnya, saksikan siri drama premium ini pada setiap hari Isnin.
Saksikan "Histeria the Series" yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9 malam, bermula 6 Jun ini.
Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Thu Jun 02 2022

Episod pertama "Histeria the Series" akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9 malam, 6 Jun ini. -Gempak

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

'Histeria' kembali menghantui, bongkar misteri kematian pelajar sekolah
Episod pertama "Histeria the Series" akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9 malam, 6 Jun ini.

Ngeri dan misteri... 'Histeria The Series' angkat isu sosial di sekolah
Astro Originals tampilkan kesinambungan filem box office 2008, Histeria, yang lebih berani, gore dan mengujakan.