PENYANYI popular bertaraf antarabangsa, Yuna berkongsi sepotong video sebuah pertunjukkan fesyen jenama mewah Oscar de la Renta yang memainkan lagunya, Lullabies.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Dalam video itu, supermodel terkenal Bella Hadid sedang berjalan di pentas runway tersebut berlatar belakangkan lagu Lullabies.

"Megababe Bella Hadid and grand finale Oscar de la Renta, #yunalullabies," tulis Yuna ringkas sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Yuna berasa bangga dan memuji kualiti lagu tersebut.

Megababe @bellahadid & grand finale @oscardelarenta #yunalullabies ✨

A post shared by Yuna ユナ (@yuna) on


Yuna mulai aktif di industri hiburan Malaysia pada tahun 2008 dan berjaya membina popularitinya ke persada antarabangsa sehingga kini.