Pelakon tinggi lampai, Hanez Suraya, 33, sedang hamil anak kedua.

Hanez atau nama sebenarnya, Hanez Suraya Abdul Aziz berkongsi berita gembira ini menerusi entri terbaharu di laman Instagram miliknya.

Pelakon ini berkongsi video imbasan kandungan menerusi entri terbabit.

Rezeki yg sgt berharga buat saya tahun depan. Masa saya dapat tahu saya pregnant, sama hari dengan saya diberikan kepercayaan memegang @deeja_cosmetic_hq Orang kata rezeki anak. Semoga pembuka tahun baru 2019 lebih diluaskan rezeki, sentiasa diberikan kesihatan yg baik, sentiasa positive, saya nak jadi lebih maju jaya! Doakan anak dalam kandungan saya sihat dan semoga semuanya dipermudahkan. InsyaAllah. Amin. Syukur Alhamdulillah~ #rezekiterindahdariallah #KakakIchaSoon

A post shared by Hanez Suraya ™️ (@hanezsuraya) on


Ketika dihubungi, Hanez mendedahkan, kehamilannya kini berusia tiga bulan.

"Alhamdulillah, kandungan saya kini berusia tiga bulan. Anak yang pertama, Putri Aleesya juga sudah menginjak usia tiga tahun.

"Setakat ini, semuanya dipermudahkan. Saya juga sempat berniaga dan membuka booth jenama tudung saya, Everyday KL di ECurve.

"Saya berharap agar proses kehamilan dipermudahkan dan saya memohon doa yang baik-baik daripada semua pihak," katanya.

Hanez mendirikan perkahwinan bersama usahawan, Romie Razin Aidilha Abd Jais, 37, pada 25 Mac 2015.