PELAWAK Nabil Ahmad meminta supaya netizen tidak terus mengkritik pengacaraan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Scha Alyahya dalam program Gempak Superstar yang bersiaran pada minggu lalu.
“Setiap orang mempunyai kelainan dari segi pengacaraan dan saya rasa tak perlu untuk orang bandingkan saya dan Sharnaaz.
“Bekerja dalam bidang ini bukanlah sesuatu yang mudah. Jangan terus mengkritik seseorang tanpa mengetahui apa yang mereka lalui.
“Macam Sharnaaz, kita semua tahu dia masih lagi baru dalam bidang ini dan kita kena beri peluang kepada dia.
"Saya rasa Sharnaaz mempunyai potensi yang cerah dalam bidang pengacaraan,” katanya ketika ditemui pada sesi santapan tengahari bersama Nabil Ahmad dan HBO Sentral di Ploy, Damansara.
Tambah Nabil lagi, program tersebut baru sahaja bersiaran di minggu pertama dan masih banyak masa untuk Sharnaaz dan Scha memperbaiki skil pengacaraan mereka.
“Saya pernah lalui apa yang mereka rasa lebih-lebih lagi bila siaran langsung, memang gementar dan banyak perkara yang bermain di fikiran.
“Sebab itu saya kata kita perlu beri peluang kepada mereka lagipun Gempak Superstar baru minggu pertama jadi masih banyak lagi masa untuk mereka baiki kekurangan yang ada.
“Percayalah, setiap minggu anda akan dapat melihat peningkatan skil pengacaraan mereka.
“Sama juga seperti saya, sehingga kini saya masih lagi belajar, kena ada bantuan dari skrip dan gigih berlatih.
“Jadi berilah peluang dan sokongan kepada mereka, saya percaya Sharnaaz dan Scha boleh jadi pengacara yang baik,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Nabil sekali lagi diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan HBO Sentral bagi musim ketiga.
Jangan lupa untuk menyaksikan Gempak Superstar setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Layari www.gempaksuperstar.com.my dan gunakan hashtag #GempakSuperstar untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.
Gempak
Fri Apr 15 2016

NABIL: -Setiap orang mempunyai kelainan dari segi pengacaraan dan saya rasa tak perlu untuk orang bandingkan saya dan Sharnaaz" - Foto Astro Gempak

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Duit kemenangan untuk rawatan mata bapa - Siti Elizad
Juara Gempak Superstar, Siti Elizad berhasrat menggunakan wang kemenangan untuk rawatan mata bapanya.

Elizad juara Gempak Superstar
Pelakon Elizad menepati ramalan penonton apabila dinobatkan sebagai juara Gempak Superstar.

Gempak Superstar: Tak perlu bandingkan saya dengan Sharnaaz - Nabil Ahmad
Pelawak Nabil Ahmad meminta supaya netizen tidak terus mengkritik pengacaraan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Scha Alyahya dalam program Gempak Superstar yang bersiaran pada minggu lalu.

Gempak Superstar cabar 10 pelakon jadi penyanyi
Seramai 10 orang pelakon tanah air menyahut cabaran untuk menyanyi dalam program terbaru terbitan Astro, Gempak Superstar.