Pastinya, keterujaan ini dapat dirasai oleh para peminat yang merindui watak Monica, Chandler, Rachel, Ross, Phoebe dan Joey lepak santai di kafe kegemaran mereka, Central Perk.
Sitkom yang telah ditayangkan sejak tahun 1994 ini dikatakan akan membawa comeback yang lebih padu dengan pelbagai elemen kejutan dan tarikan buat penonton.
Dikatakan ada banyak penampilan hebat yang akan muncul sebagai watak cameo termasuk David Beckham, Justin Bieber, kumpulan terkenal K-Pop (BTS), James Corden, Cindy Crawford, Cara Delevingne, dan Lady Gaga.
Keterujaan peminat dapat dilihat di platform media sosial Twitter dan ini hanyalah sebahagiannya.



Selepas 15 tahun siri sitkom ini melabuhkan tirai, banyak desas-desus mengenai pelakon ‘Friends’ akan membuat kemunculan semula.
Namun, semua khabar angin yang bertiup kencang itu akhirnya menjadi realiti apabila kisah enam sahabat karib yang tinggal di bandar New York ini akan membuat reunion.
Buat peminat Friends, jangan terlepas untuk menyaksikan "Friends: The Reunion" menerusi On Demand di Ultra Box, Astro GO dan HBO GO pada 27 Mei jam 3.01 petang dan ulangan di saluran 411 HBO, jam 9 malam.