Ringkasan AI
- Filem Mencari Ramlee akan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) pada Februari 2025, mencipta sejarah sebagai salah satu daripada 13 filem yang terpilih.
- Pengarah Megat Sharizal Mohamed Yusoff meluahkan rasa syukur dan bangga atas pemilihan filemnya untuk tayangan perdana di festival tersebut.
- Filem ini dibintangi oleh Datin Sofia Jane, Tony Eusoff, dan Mimi Lana, dengan penampilan khas oleh beberapa pelakon terkenal lain, dan berkisar tentang era kejatuhan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada 1970-an.
13 Filem Tersenarai
Menerusi hantaran di Facebook, penganjur memaklumkan senarai 13 filem yang mendapat tayangan perdananya di festival berprestij itu.
“Kami tidak boleh lebih teruja untuk mengumumkan tajuk pertama untuk IFFR 2025! 13 filem ini, yang dipaparkan dalam program Bright Future and Harbor, masing-masing akan ditayangkan di IFFR,” kongsinya.
Turut tersenarai adalah filem "1 Girl Infinite", "Invisible Flame", "Camp d'été", "Your Touch Makes Others Invisible", "The Night Is Dark" and "Brighter than the Day" dan banyak lagi.
Pengarah Syukur, Bangga
Dalam pada itu, pengarah Megat Sharizal Mohamed Yusoff, meluahkan rasa syukur dan bangga apabila filem arahannya itu terpilih.
“Alhamdulillah. Aku bangga untuk mengumumkan bahawa filem Mencari Ramlee bakal mendapat tayangan perdananya di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam pada bulan Februari nanti.
"Terima kasih kepada semua yang terlibat,” tulisnya.
Filem "Mencari Ramlee" dijayakan Datin Sofia Jane, Tony Eusoff dan Mimi Lana dengan penampilan khas Beto Kusyairy, Amerul Affendi, Bront Palarae, Sharifah Amani dan Vanidah Imran.
Mencari Ramlee adalah naskhah berkisar era kejatuhan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee pada 1970-an yang disampaikan secara fiksyen. -Gempak