FILEM yang berkisarkan tentang kisah hidup jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mendapat pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records.
Tayangan perdana yang julung kali diadakan itu dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records sebagai tayangan perdana filem yang bukan sahaja terbesar di Malaysia malah di peringkat Asia.
Filem Lee Chong Wei juga telah menerima satu lagi anugerah daripada The Malaysia Book of Records iaitu paparan skrin terbesar LED berukuran 40 meter X 17 meter.
Seramai 20,000 orang dalam dan luar negara telah menyaksikan tayangan sulung filem Lee Chong Wei, Menjulang Kejuaraan versi tambahan berdurasi 133 minit.
Filem terbitan bersama Cb Pictures dan Sky Events dengan kerjasama Mahu Picture telah mengubah Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi sebuah pawagam mega menggunakan layar gergasi LED berukuran 40 meter X 17 meter, sekali gus menjadikannya sebagai majlis tayangan perdana filem terbesar di Malaysia dan Asia.
Pada majlis ini tetamu turut dihiburkan oleh Nabila Razali dan Priscilla Abby dengan menyanyi lagu tema bertajuk Cahaya Juara.
Filem yang mengisahkan tentang kehidupan pemain badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 15 Mac ini.
Filem arahan Teng Bee ini turut dibintangi oleh Datuk Rosyam Nor, Jake Eng, Ahsley Hua dan Agnes Lim.
Gempak
Fri Mar 09 2018

Filem yang mengisahkan kehidupan Datuk Lee Chong Wei ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 15 Mac ini. - Astro Gempak

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kisah P.Ramlee bakal ke layar perak
Filem ini akan menjejaki perjalanan luar biasa P. Ramlee dari permulaannya yang sederhana hingga kebangkitan luar biasa sebagai khazanah negara.

Kristen Stewart lakonkan watak Puteri Diana dalam biopik baharu
Filem biopik 'Spencer' mengetengahkan detik ketika Puteri Diana membuat keputusan untuk menoktahkan perkahwinannya dengan Putera Charles.

Filem Lee Chong Wei diiktiraf Malaysia Book of Records & Asia Book of Records
Filem yang berkisarkan kisah hidup pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mendapat pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records.

Drama biopik Britney Spears dikecam peminat
Antara yang dikritik adalah pemilihan pelakon utama yang disifatkan ramai sebagai sangat tidak bersesuaian dengan karakter Spears.

Soekarno 'dihidupkan' untuk hilangkan rindu rakyat
'Soekarno', filem biopik garapan sutradara Hanung Bramatyo bakal menemui peminat filem di Malaysia pada 1 Oktober ini. Ikuti temubual Astro AWANI dengan sutradara berusia 39 tahun ini.