Filem Batman v Superman: Dawn of Justice yang akan ditayangkan pada Mac tahun depan dihangatkan lagi dengan trailer filem kedua.

Dilancarkan ketika rancangan bual bicara bersama Jimmy Kimmel Live semalam, LiveTrailer sepanjang tiga minit itu menunjukkan pertembungan Bruce Wayne yang memainkan peranan sebagai Batman dengan Clark Kent iaitu Superman.

Batman dikatakan menggunakan peluru yang dibuat daripada kryptonite ketika cuba menewaskan Superman dalam satu pertembungan.

Lebih mengejutkan para peminat, trailer terbaru itu turut mendedahkan watak penjahat (villain) baharu, Doomsday yang sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan di fikiran penonton.

Di penghujung trailer ini juga peminat dapat menyaksikan gabungan mantap Batman, Superman dan Wonder Woman menentang watak antagonis.

Susulan itu, peminat di seluruh dunia teruja menyatakan rasa tidak sabar untuk mengetahui kesudahan filem ini.

Malah, kesan khas imej janaan komputer (CGI) yang digunakan dalam trailer juga dipuji netizen kerana impaknya yang cukup realistik.

Tonton trailer di bawah: