Ini kerana, dalam satu wawancara bersama portal Yahoo!, Henry Cavill yang menjawab soalan hos dan Affleck berdiam dan kelihatan sedih.
Apabila Cavill menjawab soalan dengan berkata padangan penonton lebih penting berbanding pengkritik profesional, Affleck cuma berkata, “Saya setuju”.
BACA: Ulasan filem Batman v Superman: Sentuhan Snyder kusut, Affleck menyinar
Wawancara yang sama turut dimuatnaik di YouTube, namun ia telah disunting semula dengan muzik sedih apabila lensa kamera fokus kepada raut wajah Affleck.
Sumber: YouTube/Sabconth
Di Twitter, meme Ben Affleck dikongsi oleh para netizen dengan menggunakan hashtag #sadfleck.
Filem Batman v Superman bakal ditayangkan di Malaysia pada 25 April.