KUALA LUMPUR: Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
Penerbit dan penulis skripnya Joel Soh berkata beliau yakin elemen drama dalam filem itu yang bakal menemui penonton Khamis depan (23 Mei), mampu menjadikan jalan cerita lebih dekat di hati penonton selain mengimbangi unsur fantasi yang sinonim dengan genre tersebut.
"Saya sangat percaya, kalau satu filem tidak ada adegan drama yang kita boleh relate to (kaitkan dengan diri kita), filem itu akan rasa 'kosong'... jadi dalam semua filem kita sebelum ini pun, kita sentiasa cuba mencari satu tema untuk jadikan filem itu lengkap.
"Adegan dan karakter yang dipamerkan dalam filem ini adalah beyond realistic (melangkaui realiti), jadi kita perlu imbangi aspek itu, kita mahu selitkan konflik keluarga yang biasa terjadi dan memberi nilai moral, misalnya kemaafan dan sifat memahami serta akibat yang boleh memecahbelahkan keluarga " katanya pada sidang media bersempena dengan malam gala filem tersebut, pada Jumaat.
Penerbit dan penulis skrip filem pecah panggung Polis Evo itu juga menjanjikan adegan aksi dari sisi berlainan berbanding yang pernah dihasilkan dalam filem sebelum ini.
Joel berkata filem menggunakan slogan "Satu Rompakan Berkeluarga Terbesar" itu turut menyelitkan sisi emosi serta unsur komedi yang menghiburkan dan diharap memberi perspektif baharu kepada arena filem tanah air.
"The Experts" menampilkan persembahan mantap pelakon hebat seperti Datuk Aaron Aziz sebagai Farid yang merupakan ketua serta abang sulung, Syafiq Kyle (Keyrol, pakar risikan), Mimi Lana (Emma, pakar manipulasi), Remy Ishak (Amer, pakar penyamaran) serta Ray Dapdap (Lan, pakar godam).
Turut membintangi filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures yang bakal ditayangkan di 172 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei itu ialah Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang.
Filem berdurasi 121 minit itu mengisahkan sebuah keluarga terdiri daripada lima beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, namun kembali berkumpul kerana satu ugutan dan arahan daripada gengster paling berbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar yang berisiko tinggi.
Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau. Bagaimana mereka harus berdepan dengan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima beradik ini bersama?
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 18 2024

Pengarah, penerbit dan barisan pelakon bergambar kenangan pada Majlis Tayangan Gala Filem 'The Experts' di TGV Sunway Velocity, Kuala Lumpur pada Jumaat. - Gambar Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

'Saya tak akan sia-siakan peluang ini!' - Trisha Ooi teruja dapat tawaran One Cent Thief 2
Siri ini bakal bersiaran bermula 31 Januari 2025 setiap Jumaat di On Demand dan Astro GO, serta di Astro Citra dan Astro Ria.

Fenomena 'Kahar: Kapla High Council' diteruskan di Astro First, masuk pasaran antarabangsa
Fenomena Kahar: Kapla High Council Diteruskan Di Astro First, Masuk Pasaran Antarabangsa

Astro Shaw, Etika rai kepelbagaian budaya dalam filem 'Abah saya, Uncle Mike'
Astro Shaw dan Etika mempersembahkan filem Abah Saya, Uncle Mike yang mengisahkan lelaki berbangsa cina, Michael Tong Wai Siong, atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike.

Dongeng Sang Kancil angkat cerita rakyat dengan sentuhan moden, tonjol aksi penuh debaran
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan menghasilkan watak popular cerita rakyat menerusi filem Dongeng Sang Kancil.

Astro Shaw Cinematic Universe dilancarkan, jadi perintis era baharu sinema Malaysia
Peneraju utama industri perfileman tempatan, Astro Shaw terus mengorak langkah dengan memperkenal inisiatif baharu yang dinamakan Astro Shaw Cinematic Universe.

'Kahar: Kapla High Council' raih kutipan RM5.5 juta! Bakal masuk pawagam Singapura
"Kahar: Kapla High Council" bersedia menemui penonton di Singapura mulai Khamis, 5 Disember.

Sehari tayangan, Kahar: Kapla High Council raih kutipan RM1 juta
Baru sehari ditayangkan, filem Kahar: Kapla High Council berjaya meraih kutipan RM1 juta!

Filem 'Gold' terima anugerah paling berprestij di China
Anugerah Golden Rooster adalah anugerah filem paling berprestij di China, mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam pawagam domestik dan antarabangsa.

Don Dukun kutip RM2.1 juta selepas tiga hari tayangan!
Filem seram komedi Don Dukun berjaya meraih kutipan sebanyak RM2.1 juta selepas tiga hari tayangannya di pawagam.