KUALA LUMPUR: Susulan kejayaan dua Festival Filem Thailand di Malaysia pada 2017 dan 2019, Kedutaan Thailand di Kuala Lumpur selaku penganjur sekali lagi membawakan lima filem terkenal sempena Festival Filem Thailand di Malaysia untuk 2023.
Festival yang bertemakan " Bridging Thainess to International Audience," akan menampilkan filem Faces of Anne (sebuah thriller psikologi), Love Destiny the Movie (sebuah romantic komedi), Fast and Feel Love (sebuah filem komedi unik), Haunted Universities Semester 2 (filem seram), dan Friend Zone (rom-com), menurut duta Thailand ke Malaysia, Lada Phumas.
"Festival Filem Thai memberi lebih banyak peluang kepada orang ramai untuk mengenali Thailand dengan lebih dekat dan mempromosikan budaya dan sosialnya dalam kalangan rakan-rakan di Malaysia," katanya pada sidang media mengenai festival itu di kedutaan, Jumaat.
Tayangan umum akan berlangsung dari 14 hingga 16 Julai di GSC Mid Valley, GSC 1 Utama, GSC MyTown, dan GSC IOI City Mall.
Tayangan filem sepanjang festival itu adalah percuma.
Tiket boleh ditebus secara atas talian bermula 7 hingga 16 Julai di https://www.gsc.com.my/ melalui pilihan "e-pembayaran GSC", aplikasi mudah alih GSC, atau kiosk tiket di satu daripada empat lokasi yang ditetapkan GSC.
Hanya dua tiket boleh ditebus dalam satu-satu masa.
Lada berkata majlis resepsi dan tayangan khas akan diadakan pada 13 Julai di GSC Mid Valley, dan dihadiri barisan pelakon Love Destiny the Movie, Paris Intarakomalyasut dan Faces of Anne, Praewa Suthamphong dan Jennis Oprasert.
Sebagai tanda penghargaan kepada Kelab Peminat Thai Malaysia, beliau berkata peminat akan diberi peluang mendekati ketiga-tiga pelakon itu semasa acara temu mesra eksklusif di Dewan 19, GSC Mid Valley.
Masuk adalah percuma tetapi para penonton diminta melengkapkan prapendaftaran berikutan tempat duduk yang terhad.
Peminat boleh mendaftar nama dan butiran di https://forms.gle/TvsfBEJv5FTreriG6 selewat-lewatnya pada 5 Julai.
80 peserta pertama akan diumumkan melalui e-mel masing-masing dan di halaman Facebook Kedutaan Thailand menjelang 7 Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 23 2023
Tayangan umum akan berlangsung dari 14 hingga 16 Julai di GSC Mid Valley, GSC 1 Utama, GSC MyTown, dan GSC IOI City Mall. - Gambar Bernama
TMJ dijemput sebagai tetamu khas Presiden PSG di Doha
Tunku Mahkota Ismail hadir mewakili Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perbincangan bersama pengurusan tertinggi PSG.
Guru pondok, madrasah Pahang terima bantuan khas RM1,000 seorang
Pengagihan bantuan itu bermula Khamis lalu dan dijangka selesai sepenuhnya menjelang penghujung Januari ini.
Harga biji kopi meningkat, pemilik kafe perlu kaji semula penetapan harga
Kos biji kopi dijangka terus meningkat pada 2025 disebabkan keadaan cuaca buruk dan kekurangan bekalan.
Penduduk Orang Asli harap projek jalan bersepadu dilaksanakan segera
Komuniti Orang Asli di Gua Musang, termasuk Pos Bihai, Pos Balar, dan Pos Belatim, memohon projek jalan ditingkatkan bagi memudahkan akses harian selepas musim tengkujuh.
Titah Adendum: Rayuan Najib didengar esok
Pendengaran yang pada asalnya dijadualkan pada 5 Dis tahun lalu akan dimulakan pada pukul 9 pagi di hadapan panel tiga hakim.
ATM sahkan insiden kekecohan libatkan warga Palestin di WTKL
Situasi berkenaan dapat dikawal dengan baik tanpa melibatkan sebarang pergaduhan dan kecederaan.
Kemelut kewangan Barcelona buat masa depan Dani Olmo tersepit
Pemain itu menyertai kelab itu dari RB Leipzig dalam perjanjian bernilai AS$60 juta (RM270j) pada musim panas lalu.
Kelincahan Savinho pastikan Manchester City kembali memukau
The Citizens memulakan 2025 dengan kemenangan selesa di Stadium Etihad, meraih kemenangan berturut-turut EPL.
AWANI Ringkas: Berjaya tingkatkan gaji pekerja swasta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ini tidak adil, kata Arteta
Mikel Arteta meluahkan kekecewaannya terhadap hukuman sepakan penalti yang dilabelnya keras ketika Arsenal seri 1-1 di Brighton.
Festival Filem Thailand kembali ke Malaysia menerusi lima filem terkenal
Kedutaan Thailand di Kuala Lumpur selaku penganjur sekali lagi membawakan lima filem terkenal sempena Festival Filem Thailand di Malaysia untuk 2023.
Festival Filem Thailand rai jalinan diplomatik Malaysia-Thailand
Buat julung kalinya Festival Filem Thailand akan diadakan di Malaysia pada 20 hingga 26 April ini.