SHAH ALAM: Pelakon, Farid Kamil, 42, memohon maaf kepada isterinya, Diana Danielle dan ibu mentua, Norsiah Ramli susulan kenyataannya kepada media yang ada kaitan dengan pihak ketiga ketika ditemu bual di Mahkamah Tinggi Syariah semalam.
Farid menerusi hantaran di Instagram semalam berkata, dia menarik balik kenyataan yang menyifatkan sebagai ada hubung kait dengan pihak ketiga.
“Saya menarik balik kenyataan saya mengenai soalan dari wartawan berkaitan pihak ketiga.
“Saya dengan rendah diri memohon maaf secara terbuka kepada ibu mentua, Norsiah Ramli dan isteri, Diana Danielle atas kenyataan saya pagi tadi (Selasa)
“Sekali lagi di bulan Ramadan yang mulia ini saya mohon dimaafkan kekhilafan yang terjadi,” katanya semalam.
Semalam, Farid ketika ditemu bual pemberita di perkarangan mahkamah mendakwa terkejut apabila ibu mentuanya tiba-tiba muncul di mahkamah menemani Diana dalam sesi berhubung konflik rumah tangga mereka sebelum ini.
Ujar Farid, Norsiah diminta keluar oleh Diana dari rumah mereka pada tahun 2019 dan bertindak memutuskan hubungan dengan wanita terbabit.
Semalam juga, demi menyelamatkan rumah tangganya, Farid tampil dengan tawaran pendamaian dengan jumlah keseluruhan RM319,700 untuk memujuk Diana.
Tawaran itu merangkumi sebuah kereta Toyota Vellfire bernilai RM225,000, barangan kemas bernilai RM10,700, wang pendahuluan nafkah dari Mac hingga Jun 2023 bernilai RM40,000, dan bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya adalah hadiah dan sudah bertukar menjadi hutang bernilai RM44,000. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 12 2023

Tangkap layar permohonan maaf Farid menerusi hantaran di Instagram rasmi miliknya pada Selasa. - Foto Sinar Harian

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Farid Kamil lantik peguam sebagai JKP sebutan kes cerai
Pelakon Farid Kamil melantik peguam sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi sebutan kes penceraian bersama isterinya, Diana Danielle.

'Farid berangan, setahun diberi peluang tapi gagal' - Diana Danielle rasa dizalimi, mohon talak segera
'Tindakan Farid amat memualkan, tidak berpijak di bumi nyata. Dia berangan, tiada apa untuk diselamatkan. Bila saya sudah rujuk dengan dia selama setahun, bukankah itu satu peluang tapi dia gagal'

Farid Kamil enggan cerai Diana Danielle, mahkamah perintah lantik Jawatankuasa Pendamai
Pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle diperintah melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur

Masih suami Isteri: "Ini bukan momen gembira untuk sesiapa" - Diana Danielle
Peguam mewakili Diana Danielle memaklumkan mahkamah mengesahkan status aktres itu dan aktor Farid Kamil masih suami isteri.

Tenang di mahkamah, Farid mahu rai hari lahir anak
Tenang di mahkamah, Farid mahu rai hari lahir anak

"Doakan segalanya dipermudahkan" - Diana Danielle, Farid Kamil
Diana Danielle, Farid Kamil hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pagi ini.

Bergaduh berpanjangan punca Diana fail cerai ke atas Farid - Peguam
Diana Danielle beri alasan, kemelut berpanjangan yang dihadapi dengan suaminya, Farid Kamil sukar untuk diselesaikan lagi.

Diana Danielle fail cerai di Mahkamah Rendah Syariah WP
"Saya harap yang terbaik untuk kami berdua. Saya rasa kalau panjang-panjang tak perlu."

'Surat-surat penipuan' Farid Kamil tiada lagi tempat di hati Diana Danielle
"Satu-satunya yang saya mahukan sekarang adalah tidak lagi berada di bawah tanggungjawabnya. Tolong lepaskan saya."

Farid Kamil anggap musim cerai ada kaitan dengan politik...
Farid Kamil memberitahu dia tidak pernah meminta wang daripada netizen sepanjang 15 tahun mengharungi rumah tangganya bersama isteri, aktres Diana Danielle.