Selebriti media sosial dan usahawan, Sajat dilaporkan mengidap penyakit misteri sehingga terpaksa ditahan dan dirawat di hospital sejak Jumaat lalu.

Sehingga Ahad, Sajat dilaporkan semakin pulih dan sudahpun dibenarkan pulang ke rumah.

Sedutan video usahawan berkenaan terlantar di hospital dan ditemani keluarganya dimuat naik oleh pembantu peribadinya di Instagram peribadinya,

Dalam video itu, ibu Sajat, Maimon Omar enggan mengulas lebih lanjut mengenai penyakit misteri yang dihidapi anaknya.

Maimon sekadar memberikan reaksi bahawa anaknya sudah semakin pulih namun kini memerlukan rehat yang cukup.

“Kita berubat saja, biasalah. Tak nak tuduh siapa-siapa,” kata ibu Sajat.


Dalam pada itu, Sajat memuat naik satu entri yang meluahkan pengalamannya sepanjang bertarung melawan penyakit misteri itu pada Isnin.

“Bila saya sakit,anak- anak adalah pembakar semangat saya,” ujar Sajat.

Usahawan itu turut berkongsi telatah anaknya yang baru berumur empat tahun sudah mampu memahami dan mengambil berat akan keadaannya walaupun sakit.