VOKALIS kumpulan Exists, Mamat melahirkan kekecewaan terhadap segelintir pihak termasuk netizen yang pernah merakam dan membuat ‘cerita’ tentang dirinya tanpa mengetahui hal sebenar.
Kekecewaan tersebut dilahirkan selepas sepotong video yang disebarkan di akaun TikTok pada bulan lalu memperlihatkan pemilik nama sebenar Mohd Ali Kamarudin itu sedang menyanyi sehingga menerima banyak kritikan terkait kesihatan dan keadaannya sekarang.
Mamat, 45, kemudian menjelaskan dia tidak sedar dirinya dirakam sehingga menimbulkan spekulasi kurang enak kerana tiada sesiapa meminta izin kepadanya.
“Sebenarnya masa itu saya tidak berapa sihat saja. Bukan sangat tidak sihat.
“Seingat saya itu waktu pagi. Saya dirakam pada waktu pagi dan saya berada di dalam kampung halaman sendiri. Orang (kampung) memang sudah kenal saya.
“Saya tidak sangka berita itu keluar. Saya rasa pada masa akan datang walaupun dalam kampung sendiri saya kena berjaga-jaga,” ujar Mamat.
Mamat ditemui media sewaktu majlis pelancaran Konsert Exists X Orkestra yang bakal berlangsung di Megastar Arena Kuala Lumpur pada 22 Disember 2023.
Kesal dengan apa yang telah berlaku, penyanyi yang pernah menyertai program Gegar Vaganza tersebut menitipkan nasihat serta meminta agar semua pihak lebih peka dengan tindakan yang dilakukan.
“Sebelum melakukan sesuatu atau keluarkan sesuatu cerita, perlu tahu apa sebabnya.
“Tapi bila bercakap tentang media sosial ini, susah mahu cakap. Kadang-kadang peminat sendiri boleh rakam kita. Dia tidak tanya kita terus buat, benda itu jadi spekulasi dan menjadi masalah,” ujar Mamat.
Dia kemudian menjelaskan tindakan yang dilakukan tanpa berfikir panjang akan menyusahkan banyak pihak. Hal itu termasuklah dengan dirinya apabila muncul atau keluar cerita mahupun foto dan video yang disifatkan sebagai ‘murahan’.
“Benda ini akan menyusahkan kita. Jangan menyusahkan kita, bila nak buat show pada masa akan datang, banyak benda kita kena jawab.
“Terus terang saya kata saya tidak berminat mahu melayan hal sebegini, muka tidak keluar surat khabar pun saya tidak hairan,” katanya lagi.
Terdahulu video yang memperlihatkan dirinya menyanyi di sebuah warung mendapat perhatian ramai kerana disifatkan mengalami banyak perubahan daripada segi kesihatan sehingga ada yang sukar mengenali dirinya. - Gempak
Gempak
Fri Sep 15 2023

Mamat kecewa dengan segelintir pihak termasuk netizen yang pernah merakam dan membuat cerita tentang dirinya tanpa mengetahui hal sebenar. - Gambar GEMPAK

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Mamat Exists didakwa ambil, miliki dadah
Mamat Exists bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Fatimah Zahari dan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Disangka sakit, Mamat bidas netizen rakam video tanpa tahu situasi sebenar
Nasihat Mamat pada netizen, fikir dahulu dan ambil tahu keadaan sebenar seseorang sebelum ghairah untuk membuat rakaman.

Mamat Exists dibebaskan dengan jaminan polis
Vokalis utama kumpulan Exists, Mamat sudah dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan polis sekitar pukul 4.30 petang Selasa.

Konsert reunion Exists berjalan seperti dirancang
Konsert Exists Reunion yang bakal diadakan pada 28 September ini di Stadium Malawati, Shah Alam akan berjalan seperti yang dirancang.

Mamat Exists ditahan polis di Johor Bahru semalam
Penahanan Mamat, 41, itu difahamkan ada kaitan dengan kesalahan dadah semasa menunggang motosikal bersama seorang rakannya.

Tidak serik dengan perkahwinan, Mamat mahu kahwin lagi
Mamat tidak menolak ketentuan takdir sekiranya ada jodoh lagi.