Seorang penyokong bola sepak Malaysia yang tular baru-baru ini, Derrick Gan akui rasa terharu apabila menerima helmet koleksi eksklusif peribadi daripada pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad sewaktu membuat penampilan di acara MeleTOP semalam.
“Saya rasa terharu sebab tak tahu Nabil nak buat surprise sebab helmet itu pun daripada personal collection dia jadi saya hargai sangat.
“Terima kasih kepada Nabil, sebab sudi bagi hadiah, saya mungkin bukan peminat tegar dia tetapi saya salah satu peminat dia,” ujarnya ketika ditemui Gempak.
Dalam pada itu, Derrick, 30 turut berkongsi bahawa dia tidak menyangka reaksi spontannya ketika menonton bola sepak tersebut boleh menjadi tular sehingga telah menerima ribuan mesej di media sosialnya.
“Saya rasa stress jugak selepas viral ini sebab saya bukan sesiapa tapi saya dapat banyak mesej di DM (direct message) Instagram.
“Jadi saya masih sedang menyesuaikan diri dengan perubahan ini dan perlu sedikit masa untuk reply semua mesej orang,” tambahnya lagi.
Sebelum ini, Derrick telah menerima kejutan daripada penyampai 3 pagi Era, Radin dengan sebuah motor skuter Modenas Karisma bernilai RM5,400. - Gempak
Gempak
Wed Jan 31 2024

Derrick tidak menyangka reaksi spontannya ketika menonton bola sepak tersebut boleh menjadi tular sehingga telah menerima ribuan mesej di media sosialnya. - Gambar Gempak

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Derrick Gan terharu terima helmet koleksi eksklusif Nabil Ahmad
Derrick Gan akui rasa terharu apabila menerima helmet koleksi eksklusif peribadi daripada pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad sewaktu membuat penampilan di acara MeleTOP semalam.