Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang menjadikan Panggung Bandaraya di Jalan Raja, di sini sebagai Galeri Rakyat Kuala Lumpur yang akan mempamerkan bahan artifak berkaitan dengan perkembangan sejarah ibu negara ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata galeri yang dijangka akan beroperasi pada tahun depan akan memanfaatkan bahan artifak warisan sejarah ibu kota bagi tujuan pendidikan masyarakat ke arah pembinaan jati diri dan pembangunan bangsa.
"DBKL memperuntukkan hampir RM30 juta untuk pengubahsuaian dalaman bangunan Panggung Bandaraya yang terletak di bangunan lama Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini.
"Sebelum ini, bangunan tersebut merupakan pejabat Datuk Bandar... Kita akan buat pengubahsuaian untuk dijadikan Galeri Rakyat selain dijadikan semula sebagai pejabat Datuk Bandar khusus untuk menyambut tetamu dari luar negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Promosi dan Publisiti Local Agenda 21 (LA21) KL di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai bahan-bahan artifak yang berkaitan dengan sejarah Kuala Lumpur supaya mendermakan kepada galeri ini untuk disimpan dan dipamerkan, sekali gus menjadikan galeri ini sebagai salah satu produk pelancongan negara.
Bangunan Panggung Bandaraya berusia lebih 100 tahun itu telah diklasifikasi sebagai antara 22 bangunan awam yang diwartakan sebagai bangunan warisan di bawah Akta Antikuiti dan antara panggung yang tertua di Malaysia.
Berhubung program Promosi dan Publisiti LA21 KL, Ahmad Phesal berkata DBKL bekerjasama dengan sebuah syarikat latihan kraftangan, Mostwell Sdn.Bhd., untuk menghasilkan beg tangan terbesar di dunia dan sofa terpanjang di Malaysia menggunakan pakaian jeans dan kemeja terpakai yang masing-masing akan dicatat dalam 'Guinness World Records' dan 'Malaysia Book of Records'.
"Beg itu boleh memuatkan dua buah kereta Myvi kerana panjangnya ialah 25 kaki, lebar 10 kaki dan tinggi 18 kaki. Dijangka siap pada 29 Mei ini dan apabila siap kelak, orang ramai boleh masuk ke dalam beg itu untuk melihat ribuan jenis beg kecil dari bahan terpakai yang akan dipamerkan di dalamnya.
"Ini merupakan sebahagian daripada kempen kesedaran bertujuan meningkatkan kesedaran dan minat orang ramai supaya lebih kreatif menggunakan bahan kitar semula, sekali gus menghasilkan produk baharu yang bermanfaat untuk semua," katanya.
Sementara itu, menurut Pengasas dan Pengarah Urusan, Mostwell, Fully Chye Goet Lee, bagi menyiapkan beg tangan terbesar, memerlukan penglibatan sebanyak 5,000 orang dan sofa terpanjang pula melibatkan 1,000 orang, manakala usaha untuk mengumpul kemeja dan seluar jeans terpakai dilakukan sejak lapan bulan lepas.
"Setiap orang hanya perlu menderma dua helai kemeja atau uniform terpakai bagi membolehkan kita mengumpul sebanyak 10,000 helai kemeja untuk menyiapkan beg tangan terbesar manakala kain jeans terpakai sepanjang 280 meter diperlukan untuk membalut sofa sepanjang 24.384 meter," katanya.
Bernama
Sun May 17 2015
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata galeri yang dijangka akan beroperasi pada tahun depan akan memanfaatkan bahan artifak warisan sejarah ibu kota bagi tujuan pendidikan masyarakat. - Gambar Fail
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
DBKL cadang Panggung Bandaraya sebagai Galeri Rakyat KL
DBKL bercadang menjadikan Panggung Bandaraya di Jalan Raja, di sini sebagai Galeri Rakyat Kuala Lumpur.