Pelakon dan model terkenal Carmen Soo berpendapat filem ‘Crazy Rich Asians’ membuat kemunculan pada waktu yang tepat dimana ia dapat bantu mengelak ketegangan kaum.
Carmen yang turut memegang watak dalam filem itu berkata, ketika negara melalui pelbagai perubahan dari segi politik dan ketegangan kaum, filem Crazy Rich Asians dapat memupuk keharmonian.
“Saya rasa ini satu perkara yang baik, tambah pula dengan masalah ketegangan kaum serta isu-isu lain seperti politik yang berlaku.
“Filem ini ditayangkan pada waktu yang tepat. Penerbit seperti Jon M Chu, Kevin Kwan, Nina (Jacobson) dan Brad (Simpson) sebenarnya menerima tawaran daripada Netflix untuk membeli filem ini.
“Namun mereka menolak tawaran itu supaya penonton berpeluang menonton filem ini di panggung wayang.
“Bagi saya ini memberi impak besar kerana minggu pembukaan filem ini amat bagus dan saya rasa mereka berjaya mencapai apa yang ingin dicapai,” katanya ketika dihubungi.
BACA: Sah! Michelle Yeoh setuju lamaran...
BACA: 'Crazy Rich Asians' manfaatkan pelbagai lokasi menarik di Malaysia
Diadaptasi dari novel dengan judul yang sama, Crazy Rich Asians, mula ditayangkan di Malaysia pada 22 Ogos.
Turut menjadi kebanggaan adalah penampilan beberapa bakat besar dari Malaysia termasuk Henry Golding dan Tan Sri Michelle Yeoh.
Carmen akan memainkan watak ‘Francesca Shaw’ yang merupakan bekas teman wanita watak utama filem, Nick Young, yang dilakonkan oleh Henry.
BACA: Carmen Soo selamat lahirkan 'baby girl' comel
Baru-baru ini, tayangan perdana Crazy Rich Asians telah diadakan di Los Angeles dan menurut Carmen, beliau terpaksa meninggalkan anaknya yang berusia enam bulan untuk menghadiri acara tersebut.
“Ia merupakan peluang sekali dalam seumur hidup,” katanya.
Bercerita mengenai pelakon lain, kata Carmen, kebanyakan mereka adalah dari Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom.
Disebabkan mereka tidak biasa berkunjung ke negara-negara ASEAN, Carmen bersama rakan lain dari Malaysia dan Singapura membawa pelakon-pelakon itu bersiar-siar.
“Kami (pelakon) dari Malaysia dan Singapura bawa pelakon-pelakon lain bersiar-bersiar serta mencuba makanan tempatan. Saya harap mereka rasa gembira.
“Kami paling rasa gembira semasa penggambaran di Langkawi kerana penggambaran diadakan pada waktu siang, jadi kami sempat berseronok di tepi pantai,” tambahnya.
Astro Awani
Fri Aug 24 2018

Carmen akan memainkan watak Francesca Shaw yang merupakan bekas teman wanita watak utama filem, Nick Young, yang dilakonkan oleh Henry.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Crazy Rich Asians bantu elak ketegangan kaum, kata Carmen Soo
Pelakon dan model terkenal Carmen Soo berpendapat filem Crazy Rich Asians membuat kemunculan pada waktu yang tepat dimana ia dapat bantu mengelak ketegangan kaum.

Carmen Soo selamat lahirkan 'baby girl' comel
Pelakon Carmen Soo selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Jumaat lalu.
In Person: Perjalanan kerjaya Carmen Soo
Saksikan In Person Isnin ini, 11 Februari bersama model dan pelakon tersohor Asia, Carmen Soo.