Filem Bunohan dan Songlap sekali lagi bersaing sengit bagi merebut trofi Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 25 yang bakal berlangsung pada 2 Mac depan. Turut disenaraikan dalam kategori Filem Terbaik ialah filem SAM, Ombak Rindu dan 29 Februari.
Filem Songlap terbitan Grand Brilliance dan Red Films menerima 15 pencalonan, terbanyak dalam sejarah penganjuran festival, manakala Bunohan, filem terbitan Apparat Film menerima 13 pencalonan. Walaupun menerima 10 pencalonan keseluruhan, filem Hoore! Hoore! arahan Saw Teong Hin tidak disenaraikan dalam kategori Filem Terbaik.
Daripada 70 filem yang bertanding, hanya 28 filem berjaya dipilih untuk senarai calon akhir festival filem tersebut.
Kejutan utama dalam senarai pencalonan berlaku apabila tiga pelakon utama filem Bunohan dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik yang diperolehi menerusi pencalonan untuk Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim.
Monopoli ini berlaku pertama kali dalam sejarah perfileman tempatan. Dua lagi pencalonan diperolehi Shaheizy Sam menerusi dua filem berbeza, Songlap dan S.A.M.
Dua pelakon pembantu dari filem Bunohan iaitu Husyairi Hussin dan Amerul Affendi dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Turut dicalonkan ialah dua pelakon dari filem Songlap iaitu Omar Abdullah dan Syafie Naswip.
Perubahan kriteria dan syarat penjurian pada festival tahun ini membenarkan penerbit filem mencalonkan lebih daripada seorang pelakon dalam satu kategori.
Filem terbitan KRU Studios, 29 Februari memperolehi 12 pencalonan. Manakala filem kegemaran ramai Ombak Rindu hanya memperolehi 6 pencalonan.
Malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke 25 yang bertemakan ‘Merayakan Perak, Mengilhamkan Emas’ bakal berlangsung pada 2 Mac di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Muzaffar Mustapa
Tue Feb 19 2013
![Bunohan, Songlap & 29 Februari bersaing sengit di FFM25 Bunohan, Songlap & 29 Februari bersaing sengit di FFM25](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/41361253357_295x200.jpg)
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
![Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647267418_Reconstructionofth.jpg)
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Tawaran pengambilalihan MAHB dimuktamad suku ketiga 2024 - MOF
Tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka akan dimuktamadkan pada suku ketiga tahun ini dan ia perlu dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 90 peratus pemegang saham sedia ada MAHB.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
![[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi [KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721096314_MohdSaidBaniCM.jpg)
[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi
Dengan sokongan tiga pertubuhan utama, ekosistem ini hadapi cabaran signifikan, namun berpotensi besar untuk berkembang dan berinovasi.
![Kemenangan sulung Faizal dan Normah Kemenangan sulung Faizal dan Normah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/81362355538_295x200.jpg)
Kemenangan sulung Faizal dan Normah
Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) mencatat kemenangan manis untuk Faizal Hussein, Normah Damanhuri dan Syafie Naswip.
![Bunohan diangkat sebagai Filem Terbaik FFM25 Bunohan diangkat sebagai Filem Terbaik FFM25](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/41362203214_295x200.jpg)
Bunohan diangkat sebagai Filem Terbaik FFM25
Filem terbitan Apparat Sdn. Bhd. arah Dain Said iaitu Bunohan diangkat sebagai pemenang Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 25.
![Bunohan, Songlap & 29 Februari bersaing sengit di FFM25 Bunohan, Songlap & 29 Februari bersaing sengit di FFM25](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/41361253357_295x200.jpg)
Bunohan, Songlap & 29 Februari bersaing sengit di FFM25
Filem Bunohan, Songlap dan 29 Februari sekali lagi bersaing sengit bagi merebut trofi Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 25.
![FFM25 akan dianjurkan pada bulan Februari FFM25 akan dianjurkan pada bulan Februari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/81356601006_295x200.jpg)
FFM25 akan dianjurkan pada bulan Februari
Tarikh sebenar Festival Filem Malaysia belum ditetapkan namun 70 filem sedang dalam proses diadili untuk FFM25