KEMERIAHAN perkahwinan antara bintang asal Bollywood Priyanka Chopra dengan selebriti dari Amerika Syarikat Nick Jonas masih berlangsung.
Pada hari ini (Ahad), penyatuan dua mempelai itu diteruskan dengan upacara yang mengikut adat tradisional Hindu.
Belumpun keseronokan itu berakhir, netizen khususnya dari India khususnya sudahpun mengetengahkan satu isu yang kontroversi sekali gus menyindir Priyanka sebagai seorang hipokrit.
Semuanya gara-gara pertunjukan bunga api yang melatari suasana di lokasi majlis iaitu di Istana Umaid Bhavan, Jodhpur.
Pada Sabtu malam, langit di kawasan itu bercahaya dengan pertunjukan bunga api besar-besaran yang berlangsung selama beberapa minit.
Beberapa minggu sebelumnya, Priyanka menyeru orang ramai supaya mengurangkan bermain bunga api sempena sambutan Diwali.
Alasannya, asap yang terhasil daripada bunga api menjejaskan pesakit-pesakit asma, iaitu satu masalah kesihatan yang turut dialami Priyanka sendiri sejak kecil.
"Jadikan Diwali tentang cahaya, ladu, kasih sayang dan bukannya pencemaran. Kurangkan penggunaan bunga api supaya anda semua dan pesakit asma seperti saya, dan haiwan boleh menikmati perayaan ini juga," ujar Priyanka dalam pesanan tersebut.
Ramai mula memuat naik status di Facebook dan tweet yang menyindir Priyanka, antara lain berjenaka bahawa bunga api yang digunakan dalam majlis perkahwinan selebriti itu adalah ‘dari jenis tidak berbunyi bingit, mesra alam sekitar, tidak menghasilkan pencemaran asap, dan mesra haiwan’.
Ada pula yang mempertikai betapa mudahnya mendapat keizinan untuk membuat pertunjukan bunga api besar-besaran seperti itu, sedangkan ketika perayaan Diwali, mereka mendakwa ada tangkapan dibuat kerana ia dianggap menyalahi peraturan.
Astro Awani
Sun Dec 02 2018
![Bunga api majlis kahwin Nick-Priyanka undang kontroversi, sindiran netizen Bunga api majlis kahwin Nick-Priyanka undang kontroversi, sindiran netizen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51543713504_TBJonasPriyankaFire.jpg)
Pertunjukan bunga api besar-besaran di Istana Umaid Bhavan dapat disaksikan dari jarak jauh. - AP
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Hezbollah desak Israel berundur sepenuhnya dari Lubnan
Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan menegaskan bahawa tentera Israel mesti berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum 18 Februari,
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Trump ulangi sokongan terhadap tindakan Israel
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi pada Ahad sokongannya terhadap tindakan seterusnya Israel di Gaza.
Rakyat Gaza harus diberi pilihan tinggalkan enklaf jika mahu- Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa rakyat Gaza harus diberi pilihan untuk meninggalkan enklaf itu, jika mereka mahu
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Sekurang-kurangnya 2 maut, 20 cedera dalam insiden bunga api di Hawaii, AS Sekurang-kurangnya 2 maut, 20 cedera dalam insiden bunga api di Hawaii, AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735790965_fireworksexplosion.jpg)
Sekurang-kurangnya 2 maut, 20 cedera dalam insiden bunga api di Hawaii, AS
Polis Honolulu menggesa orang ramai "mengelakkan kawasan itu kerana pasukan pertolongan cemas memberikan bantuan perubatan dan lain-lain."
![Dewan Arena Square terbakar, penganjur majlis hari jadi direman seminggu Dewan Arena Square terbakar, penganjur majlis hari jadi direman seminggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61730785838_kebakaran.jpg)
Dewan Arena Square terbakar, penganjur majlis hari jadi direman seminggu
Polis mendapat perintah Mahkamah Majistret untuk menahan reman selama tujuh hari penganjur majlis hari jadi di Dewan Arena Square di Teluk Intan.
![Dewan Arena Square terbakar, dipercayai libatkan penggunaan bunga api tanpa kebenaran Dewan Arena Square terbakar, dipercayai libatkan penggunaan bunga api tanpa kebenaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730772887_kebakaran.jpg)
Dewan Arena Square terbakar, dipercayai libatkan penggunaan bunga api tanpa kebenaran
Suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 24 tahun akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini untuk permohonan reman.
![Percikan bunga api, laungan merdeka hiasi sambutan ambang Hari Kebangsaan Percikan bunga api, laungan merdeka hiasi sambutan ambang Hari Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61725058240_AmbangMerdeka.jpg)
Percikan bunga api, laungan merdeka hiasi sambutan ambang Hari Kebangsaan
Sambutan Ambang Hari Kebangsaan 2024 di seluruh negara berlangsung meriah dengan beberapa lokasi menjadi tumpuan orang ramai.
![Pihak berkuasa Greece tahan 13 orang selepas bunga api sebabkan kebakaran hutan Pihak berkuasa Greece tahan 13 orang selepas bunga api sebabkan kebakaran hutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719135831_tbwildfiresouthern.jpg)
Pihak berkuasa Greece tahan 13 orang selepas bunga api sebabkan kebakaran hutan
Persembahan bunga api di pantai peranginan popular Pulau Hydra untuk menghiburkan tetamu sebabkan kebakaran hutan pain.
![11 kes rampasan mercun, bunga api tanpa permit bernilai RM38,600 di Kelantan 11 kes rampasan mercun, bunga api tanpa permit bernilai RM38,600 di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711276952_mercun.jpg)
11 kes rampasan mercun, bunga api tanpa permit bernilai RM38,600 di Kelantan
Polis Kelantan merekodkan 11 kes rampasan mercun dan bunga api tanpa permit sah sejak awal Januari hingga semalam bernilai RM38,600.
![PDRM terima 443 permohonan permit jual bunga api, mercun di Perak PDRM terima 443 permohonan permit jual bunga api, mercun di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681630987_Mercun.jpg)
PDRM terima 443 permohonan permit jual bunga api, mercun di Perak
Satu permohonan tidak diluluskan kerana pemohon mempunyai rekod jenayah.
![Polis Kelantan lulus 159 permohonan permit jual mercun, bunga api Polis Kelantan lulus 159 permohonan permit jual mercun, bunga api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711276952_mercun.jpg)
Polis Kelantan lulus 159 permohonan permit jual mercun, bunga api
Polis Kelantan meluluskan 159 daripada 267 permohonan permit menjual bunga api dan mercun sempena sambutan Aidilfitiri setakat ini.
![Polis Kelantan terima lebih 200 permohonan permit jual bunga api, mercun Polis Kelantan terima lebih 200 permohonan permit jual bunga api, mercun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709997364_ZakiHarun.jpg)
Polis Kelantan terima lebih 200 permohonan permit jual bunga api, mercun
Daripada jumlah itu, 25 permohonan telah diluluskan manakala bakinya sedang dalam proses penelitian dan akan selesai dalam tempoh terdekat.
![Jualan mercun sempena Tahun Baharu Cina dijangka meningkat Jualan mercun sempena Tahun Baharu Cina dijangka meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681630987_Mercun.jpg)
Jualan mercun sempena Tahun Baharu Cina dijangka meningkat
Rata-rata peniaga menjangkakan jualan mercun dan bunga api pada sambutan Tahun Baharu Cina kali ini lebih 'rancak' susulan keputusan kerajaan membenarkan penjualan nyala api itu secara sah.