PASIR MAS: Polis Kelantan menerima sebanyak 225 permohonan permit menjual bunga api dan mercun sempena Aidilfitri tahun ini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata daripada jumlah itu, 25 permohonan telah diluluskan manakala bakinya sedang dalam proses penelitian dan akan selesai dalam tempoh terdekat.
Beliau berkata polis masih mengekalkan syarat sama seperti sebelumnya iaitu hanya bunga api dan mercun tertentu sahaja dibenarkan untuk dijual dalam tempoh dua minggu sebelum raya.
"Kami menasihatkan jangan jual mercun yang kita tidak benarkan dan polis tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap peniaga ingkar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Go To Safety Point di pekarangan stesen Petronas Chetok, di sini, hari ini.
Muhamad Zaki berkata orang awam tidak perlu lagi membeli mercun atau bunga api secara haram kerana polis telah menyediakan pembekal berlesen untuk urus niaga berkenaan.
"Berkemungkinan mercun dijual di luar tidak sama dengan mercun diluluskan polis tetapi ada sebab kita hadkan jenisnya termasuk risiko bahaya tertentu yang mungkin berlaku.
"Polis beri amaran awal-awal dan akan mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat dengan aktiviti penyeludupan mercun secara haram ini," katanya.
Muhamad Zaki turut menasihati peniaga mercun di negeri ini agar berwaspada menguruskan jualan bahan berkenaan memandangkan cuaca panas ketika ini mungkin boleh menyebabkan kejadian tidak diingini berlaku.
Menurutnya, pemantauan ibu bapa terhadap anak masing-masing juga amat dituntut agar tragedi buruk dapat dielakkan.
Terdahulu, program kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia dan stesen minyak Petronas itu bertujuan menyediakan lokasi selamat kepada orang awam mendapatkan bantuan awal dalam kejadian kemalangan, kecemasan dan jenayah dengan setakat ini membabitkan penyertaan 42 stesen minyak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024

Polis masih mengekalkan syarat sama seperti sebelumnya iaitu hanya bunga api dan mercun tertentu sahaja dibenarkan untuk dijual dalam tempoh dua minggu sebelum raya. - Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Tiada letupan, gegaran kuat berlaku di Machang - Polis
Polis mengesahkan tiada sebarang aktiviti yang menggunakan bahan letupan atau kebakaran hingga kononnya berlaku letupan dan gegaran kuat di Kampung Kelaweh, Machang hari ini.

Dua lelaki menyamar anggota SPRM ditahan di Pasir Mas
Polis menahan dua lelaki dipercayai menyamar sebagai anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sekitar Pasir Mas, semalam.

Polis Kelantan bakal guna dron canggih kekang jenayah rentas sempadan
Kegunaan dron dapat menangani masalah penyeludupan termasuk dadah, barang kawalan dan barang-barang tidak sah yang keluar masuk dari Kelantan.

Polis Kelantan mohon helikopter persediaan hadapi Monsun Timur Laut
Polis Kelantan memohon agar sebuah helikopter ditempatkan di negeri ini sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), dijangka bermula tidak lama lagi.

Polis kesan tiga individu tipu urusan jual beli tanah
Polis Kelantan sedang mengesan tiga individu termasuk dua adik-beradik, bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan urusan pembelian sebidang lot tanah.

Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.

Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, awal pagi tadi.

90 kes jenayah seksual direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Lima ditahan seludup beras, pelbagai jenis dadah
Polis menahan lima penyeludup warga tempatan kerana disyaki menyeludup 50 kampit beras dari negara jiran dalam operasi kontraban di Kelantan.

Lelaki bergelar 'Datuk' dikehendaki polis ditahan, direman di Kelantan
Ia berkaitan dengan kes ugutan dan mencederakan mangsa di Kota Bharu, baru-baru ini.