PELAKON Elfira Loy dan suaminya, Muhamad Faris Khairul Anuar memilih nama yang cukup indah buat puteri mereka iaitu Nur Aria Mikayla.
Selain nama, Elfira juga turut memuat naik foto terbaharu anak keduanya secara jelas selepas tujuh hari bersalin.
“Bismillahi, Masya Allah, pada 20 Mei kami telah dirahmati dengan kehadiran puteri kami. Assalamualaikum, ya Nur Aria Mikayla Muhamad Faris.
“Doa adalah penguat setiap harapan.
"Doakan puteri kami menjadi antara pemudi solehah yang diberikan kerahmatan berpanjangan, kasih sayang yang tidak henti, tidak putus rezeki di dunia dan di akhiratnya lagi dihiasi dengan kilauan kebaikan budi dan ketinggian pekerti,” tulisnya.
Dalam pada itu, wajah terbaharu puteri Elfira itu juga menarik perhatian netizen.
Rata-ratanya memuji kecomelan dan juga bibir Nur Aria Mikayla yang cantik.
Elfira dan Faris berkahwin pada 1 Januari 2019 dan perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Muhamad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Sat May 28 2022

Elfira Loy dan suami Muhamad Faris memilih nama yang cukup indah buat puteri mereka iaitu Nur Aria Mikayla. -Gempak/Instagram

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

'Bibir dia, ya Allah comelnya!' - Anak kedua Elfira Loy jadi perhatian
Selain nama, Elfira juga turut memuat naik foto terbaharu anak keduanya secara jelas selepas tujuh hari bersalin.