Pelakon tahun 90-an Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas dua pertuduhan memiliki dadah minggu lepas.
Benjy, 38, didakwa bersama seorang wanita, Julia Ernie Jamaludin, 26, memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 9.33 gram dan memiliki dadah jenis sama 3.4 gram di The Reeds Boutique Hotel, No 9 Jalan Yap Ah Shak, Dang Wangi di sini, pukul 9.30 malam pada 5 Mac lepas.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Benjy pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan dadah sebanyak tiga kali iaitu pada 2009, 2011 dan 2013. Pada 2009 dan 2011 dia didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret manakala pada 2013 dia dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan.
Dalam prosiding hari ini, Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor membenarkan masing-masing diikat jamin RM4,500 bagi pertuduhan pertama dan RM2,500 bagi pertuduhan kedua dengan syarat tambahan mereka perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai.
Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin sebelum itu memohon kepada mahkamah supaya menetapkan jaminan sebanyak RM9,000 bagi pertuduhan pertama dan RM4,000 untuk pertuduhan kedua.
Peguam Farhan Read yang mewakili Benjy bagaimanapun memohon jaminan dikurangkan atas alasan Benjy tidak mempunyai kerja tetap dan hanya menumpang tinggal di pondok pengawal bersebelahan rumah rakannya.
Sementara itu, peguam Zaidi Othman yang mewakili Julia turut memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya merupakan ibu tunggal yang perlu menanggung dua orang anak berusia setahun setengah dan empat tahun.
"Anak guam saya juga hanya membantu rakannya berniaga pakaian dengan pendapatan kurang RM1,000," katanya.
Selain itu Julia juga menghadapi satu lagi pertuduhan memiliki dadah yang sama seberat 2.3 gram di tempat, waktu dan tarikh yang sama.
Julia turut mengaku tidak bersalah atas kesalahan itu dan Nur A'minahtul Mardiah membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 14 April depan untuk sebutan kes.
Bernama
Tue Mar 10 2015

Pelakon Benjy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas dua pertuduhan memiliki dadah minggu lepas. - Gambar Fail Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Benjy sekali lagi didakwa atas kesalahan miliki dadah
Pelakon tahun 90-an Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki dadah minggu lepas.