KUALA LUMPUR: Kalau sudah namanya takdir, apa kudrat yang ada pada manusia untuk menolak aturan Yang Maha Esa.
Memahami bahawa aturan Allah itu sebabnya, pelakon, Faralyna Md Idris berlapang dada menerima ketentuan anak ketiga yang dikandung hanya dipinjamkan seketika bagi tempoh empat bulan.
Sehari sebelum umat Islam menyambut puasa, Faralyna kehilangan zuriat ketiga yang diberi nama Muhamad Farid Muhammad Fikri itu dalam kandungannya
Pelakon yang menempa populariti dalam drama Kisah Kaisara itu berkongsi berita duka itu di akaun Instagramnya.
“Saya dan suami merancang memiliki anak ketiga selepas anak bongsu, Fira Ayu genap tiga tahun usianya.
"Bohonglah kalau beritahu pada awal kehamilan, saya tidak berharap mendapat anak lelaki. Sejak hamil, saya malas hendak mengemaskini perkembangan diri di IG.
"Sampai ada menegur kenapa tidak lagi aktif di IG. Saya sedar, sekalipun Tuhan beri rezeki itu dan ini, pada bila-bila masa juga Tuhan boleh ambil kembali," katanya seperti dilaporkan portal BH Online.
Sebelum hamil Allahyarham Muhamad Farid, Faralyna dan suami, Muhammad Fikri yang dinikahinya pada 2014 dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Fira Anggun dan Ayu.
Menurut Faralyna, pada awal kehamilannya, tiada sebarang masalah yang dikesan, sebaliknya, segala-
galanya dipermudahkan.
"Kali terakhir saya buat pemeriksaan doktor adalah apabila usia kandungan memasuki minggu ke-13 dan ke-14.
"Doktor beritahu bayi okay dan sihat. Tambah teruja apabila saya diberitahu bayi dikandung adalah lelaki.
"Pada usia kandungan empat bulan, saya lihat cukup sifat dan jari bayi sudah kelihatan seperti bergerak," katanya.
Bagaimanapun, kongsi Faralyna, pada malam 10 April lalu, dia merasakan seolah ada yang tidak kena pada kandungannya.
"Perut macam rasa sesuatu. Saya cuba pejamkan mata tetapi tersedar kira-kira jam 2 pagi.
"Perut mula kejang, sakit belakang dan kaki lenguh. Kebetulan suami pulang dari kerja pada jam 3 pagi dan terus diajak ke hospital.
"Sebelum keluar rumah, saya alami pendarahan. Sampai hospital, air ketuban pula pecah," katanya.
Susulan itu, doktor yang merawatnya, kata Faralyna, melakukan imbasan pertama dan mendapati jantung kandungannya lemah.
"Saya tiba-tiba tiba demam panas. Doktor beritahu peluang bayi (untuk hidup) sangat sangat rendah.
"Ketika itu, saya tidak tahu hendak fikir apa... Tawakal sahaja. Saya melahirkan bayi pada jam 3 pagi, Isnin lalu. Namun, anak saya sudah meninggal dalam perut lagi," kongsi Faralyna lagi.
Astro Awani
Sun Apr 18 2021

Faralyna bersama suami dan dua orang anak perempuannya. - Gambar Instagram FARALYNA MD IDRIS

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bayi dalam kandungan pelakon Faralyna meninggal dunia
Zuriat ketiga yang diberi nama Muhamad Farid Muhammad Fikri itu meninggal dunia sehari sebelum umat Islam sambut Ramadan.