LOS ANGELES: Pemenang anugerah Emmy, pelakon John Aniston meninggal dunia pada usia 89 tahun.
Berita ini disampaikan oleh anaknya, pelakon terkenal, Jennifer Aniston memaklumkan bapanya meninggal dunia pada Jumaat lalu.
Mendiang Aniston yang pernah berkhidmat dalam Tentera Laut Amerika Syarikat disifatkan sebagai bapa penyayang.
"Papa yang manis... John Anthony Aniston. Kamu antara manusia paling baik yang pernah saya kenali. Saya sangat bersyukur kerana kamu kini berada di syurga tanpa kesakitan. Dan pada tarikh 11/11, kerana kamu sentiasa mempunyai masa yang tepat. Angka ini akan kekal selama-lamanya dan memberi makna lebih besar untuk saya. Saya sayang kamu," tulis Jennifer di Instagramnya.
Sepanjang karier sebagai pelakon pada tahun 60-an, John Aniston membintangi banyak drama termasuk "Search for Tomorrow," "The West Wing" dan "Gilmore Girls". Namanya meledak menerusi "Days of Our Lives” selepas membawa watak sebagai bekas raja dadah yang kemudiannya mengasaskan Titan Industries yang berkuasa.
Pada tahun 2017, lakonannya dalam "Days of Our Lives" melayakkan John memenangi Anugerah Emmy bagi kategori pelakon pembantu terbaik. Awal tahun ini, beliau turut menerima anugerah pencapaian seumur hidup.
Mendiang telah berkahwin dua kali termasuk bersama Sherry Rooney dan dikurniakan dua orang anak, Jennifer dan Alexander Aniston selain seorang anak tiri, John Melick.
Faida Rahim
Tue Nov 15 2022
Mendiang Aniston yang pernah berkhidmat dalam Tentera Laut Amerika Syarikat disifatkan sebagai bapa penyayang. Gambar/Instagram Jennifer Aniston.
Penjawat awam ditahan SPRM disyaki terima rasuah RM6,000
Menurut sumber lelaki berumur 40-an itu ditahan 2 petang hari ini, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.
Tingkat operasi banteras sindiket dadah di Sungai Golok
Kerjasama turut dijalankan dengan pihak berkuasa negara jiran dalam memastikan kegiatan penyeludupan dadah dapat dibanteras.
Pelajar Malaysia di Thailand diami asrama, elak rentas haram
Pelajar Malaysia yang menetap di Thailand, merentas Sungai Golok melalui pangkalan haram untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
JPJ diberi mandat tangani kenderaan berat bawa muatan berlebihan - Loke
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diberi mandat penuh menangani isu kenderaan berat membawa muatan berlebihan yang dikenal pasti sebagai antara punca utama berlakunya kemalangan jalan raya.
Barisan EXCO baru dapat mamacu pembangunan negeri - MB Perlis
Rombakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau EXCO negeri perlis bagi penggal baharu sebagai usaha kerajaan negeri untuk memacu pembangunan supaya lebih agresif dan berdaya saing dalam pembangunan.
Malah, perlantikan kali ini turut membawa pemimpin kanan dan di peringkat parti dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Malah, perlantikan kali ini turut membawa pemimpin kanan dan di peringkat parti dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Dua EXCO gugur, tiga EXCO baharu
Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) berkuat kuasa hari ini, manakala dua EXCO sedia ada digugurkan.
AWANI Borneo [25/11/2024] – Sehingga Jumaat | Serbuan Kastam | Perjanjian jual beli
Tumpuan AWANI Borneo 25 Nov 2024 bersama Assim Hassan
- Amaran hujan berterusan di tiga daerah di Sabah
- Kastam Sabah tumpaskan sindiket seludup minuman keras
- Sarawak muktamadkan pengambilalihan MASwings bulan depan
#AWANInews
- Amaran hujan berterusan di tiga daerah di Sabah
- Kastam Sabah tumpaskan sindiket seludup minuman keras
- Sarawak muktamadkan pengambilalihan MASwings bulan depan
#AWANInews
Pensyarah didakwa hina Nabi sudah direkod keterangan - KPN
Seorang yang pensyarah didakwa menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah di sebuah konvensyen baru-baru ini sudah direkodkan keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada Isnin.
PN nafi pujuk BN bentuk kerajaan baharu
Ronald Kiandee berkata, PN menolak dakwaan bahawa gabungan itu mempunyai kaitan dalam usaha memujuk BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan.
Jonassen terima cabaran BAM untuk jelma pingat emas Olimpik pertama
Jonassen menyifatkan tugas baharunya dalam pasukan badminton Malaysia itu adalah peluang yang datang sekali seumur hidup.
Hyundai panggil balik 42,000 kereta di AS kerana risiko pergerakan spontan - Laporan
Pergerakan spontan berlaku disebabkan masalah pendawaian, menurut laporan itu.
Amerika tak mahu lagi jadi 'polis dunia', PM Singapura beri amaran dunia makin bahaya
"Semua orang bimbang kerana kita berada dalam dunia yang jauh lebih berbahaya hari ini," kata Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong ketika beliau merenungkan landskap global yang berkembang.
2 maut pesawat peronda terhempas di Colorado
Dua orang maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan pesawat di Colorado, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu, disahkan oleh pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Jutawan India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan rasuah di New York
Salah seorang orang terkaya dunia, Gautam Adani, telah didakwa di mahkamah persekutuan New York bersama tertuduh lain berhubung dakwaan skim penipuan berbilion dolar.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.
Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.