PENYANYI dan pelakon Ayda Jebat selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 7.07 malam pada Selasa, seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang.
Suami Ayda, Nabil Mahir ketika dihubungi Gempak berkata bayi sulung mereka dilahirkan dengan berat 2.77 kilogram.
Sambil mengucapkan rasa syukur, Nabil memberitahu ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja. Sekarang ini mereka sedang tidur.
“Sebenarnya saya masih dalam keadaan tidak percaya yang bermula semalam, kami dah naik pangkat jadi ‘mummy dan daddy’.
“Apapun saya bersyukur kerana urusan Ayda melahirkan puteri kami dipermudahkan. Proses berjalan lancar dan hanya mengambil lebih kurang satu jam sahaja,” katanya teruja.
Selain itu Nabil turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan isteri dan anak mereka.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan isteri dan anak saya. Doa kalian amat bermakna buat kami.
"Kepada yang menghantar ucapan tahniah juga, kami sangat menghargainya.
“Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Seri Suniza Sufian kerana telah memberikan yang terbaik sejak awal kehamilan Ayda sehingga melahirkan,” katanya.
Ditanya tentang nama puteri sulung mereka, Nabil berkata, dia dan Ayda belum memilih nama yang sesuai.
“Kami belum pilih nama lagi. Insya-Allah dalam masa terdekat ini. Banyak pula nama yang best, tak tahu nak pilih yang mana satu,” katanya ketawa.
Ayda sebelum ini pernah berkongsi suka duka sepanjang kehamilan menerusi #GTheUntoldStory dan secara ekslusif mendedahkan tarikh kelahiran serta memilih kaedah bersalin secara pembedahan, sebelum membuat pengumuman secara rasmi.
Gempak
Wed Sep 22 2021

Ayda Jebat selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 7.07 malam pada Selasa, seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang. -Gempak

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ayda Jebat kongsi keadaan ayah selepas diserang strok
Penyanyi Ayda Jebat berkongsi mengenai keadaan terkini ayahnya yang sebelum ini dikhabarkan dimasukkan ke hospital akibat strok.

THSS: Semua L.U.S.M, Ayda Jebat ungguli minggu pertama
Kemenangan itu membolehkan Ayda membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000.

Watsons Malaysia lancar kempen 'Dimensi Raya Paling Unik', angkat tema kekeluargaan
Watsons Malaysia melancarkan kempen Raya bertemakan 'Dimensi Raya Paling Unik' yang menampilkan promosi menarik di kedai dan atas talian serta filem jenama bertajuk Watsons Dimensi Raya Paling Unik.

Ayda Jebat syukur, selamat bersalin anak kedua
Ayda Jebat dan suami, Nabil Mahir timang cahaya mata lelaki pada 12.12.2023.

'Nak tegur tapi tak terkeluar pula kata' - Ayda Jebat tak selesa perut disentuh ketika bergambar
Tidak selesa dengan situasi itu, Ayda bagaimanapun berkata dia tidak kisah jika ada peminat ingin bergambar dengan memegang bahu atau tangan namun tidak berlebihan dengan mengusap perutnya.

Ayda Jebat bakal timang anak lelaki
Pengumuman itu dibuat menerusi pelancaran klip video dan lagu terbaharunya, Be Mine.

'Maaf, lepas gian' - Ayda Jebat ditegur terlalu lincah di atas pentas ketika hamil
Ayda bagaimanapun mengatakan dia belum lagi dalam keadaan sarat memandangkan usia kandungannya masih dalam lima bulan.

Ayda Jebat tak sampai hati tengok kaki netizen melecet, nak bayar balik RM638
Ayda mahu membeli semula kasut berkenaan dengan harga asal supaya pengguna Twitter tersebut dapat beli kasut baharu yang lebih selesa.

Ayda Jebat usik Nabil idam anak lelaki
Ayda secara berseloroh turut mengusik suaminya yang beria-ia mahu menikmati hidangan daging wagyu dalam misi untuk cuba dapatkan anak lelaki.

Kahwini Nabil Mahir kerana harta? Ini jawapan Ayda Jebat...
Ayda tegaskan dia bukan jenis wanita yang memandang harta, jauh sekali untuk meminta-minta.