Menurut laporan terkini Bloomberg, MacBook Air M4 akan dilancarkan sekitar Januari hingga Mac 2025.
Ini adalah beberapa bulan selepas MacBook Pro, Mac Mini dan iMac baharu yang dijangka akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.
Tiada perubahan besar akan dilakukan pada rekaan MacBook Air M4 dengan perubahan hanyalah diberikan pada cip pemproses yang digunakan.
Ramalan ini selari dengan MacBook Pro M4 yang juga sekadar diberikan perubahan cip pemproses dan peningkatan kelajuan port USB-C sahaja.
Selepas MacBook Air dilancarkan, Mac Studio baharu pula akan dilancarkan.
Pada asalnya kedua-dua komputer ini sepatutnya dilancarkan serentak tetapi Mac Studio dipercayai akan hanya dilancarkan sekitar Jun 2025.
Kemudian menjelang penghujung 2025 pula barulah Mac Pro dengan M4 dilancarkan dengan variasi cip yang berprestasi lebih tinggi. -Amanz