Ini kerana, Apple masih belum memenuhi peraturan tempatan yang sedia dilaksanakan di negara tersebut.
Peraturan ini meliputi keperluan pelaburan dan juga memperbaharui persijilan kandungan tempatan.
Sebelum ini, Apple sedia menerima sijil kebenaran untuk menjual produk mereka di Indonesia, namun sijil berkenaan telah pun luput dan perlu diperbaharui.
Menurut pihak berkuasa Indonesia, Apple dikatakan tidak mencapai angka komitmen pelaburan sebelum ini.
Di samping itu, Indonesia juga mempunyai beberapa peraturan tambahan, termasuk pilihan pengeluaran produk di Indonesia, pembangunan aplikasi tempatan dan juga memfokuskan penciptaan produk inovatif dalam negara.
Apple dikatakan memilih pilihan ketiga dan telah membuka tiga akademi di negara tersebut.