Menurut tinjauan terkini oleh kementerian pendidikan, jumlah itu menunjukkan peningkatan lebih 47,000 pelajar, atau lebih 15 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Secara terperinci, seramai 130,370 pelajar sekolah rendah tidak hadir selama 30 hari atau lebih, iaitu lima kali ganda berbanding jumlah sedekad yang lalu, manakala 216,112 pelajar sekolah menengah didapati ponteng, mencatatkan peningkatan sebanyak 2.2 kali ganda bagi tempoh yang sama.
Laporan itu menyatakan kurangnya motivasi untuk menghadiri sesi persekolahan sebagai punca gejala ponteng, diikuti oleh kebimbangan atau kemurungan serta rutin harian yang terganggu.
Selain itu, kes buli yang dilaporkan mencapai rekod tertinggi iaitu 732,568 insiden di semua jenis sekolah, dengan sekolah rendah menyumbang sebahagian besar daripada kes.
Susulan itu, kementerian menekankan keperluan untuk sokongan pendidikan khas dan penambahbaikan dalam pengesanan serta pengendalian kes buli di sekolah, termasuk perhatian khusus terhadap tindak balas organisasi bagi mengelakkan akibat yang lebih buruk.
-- BERNAMA