KUALA LUMPUR: Menambah pengalaman baharu, Astro kini mengembangkan perkhidmatan penstriman dengan membawa aplikasi hiburan Viu yang boleh diakses pelanggan di Ultra Box.
Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario memaklumkan penyertaan Viu ke dalam platform Astro bakal menambah pilihan program terbaik tempatan dan antarabangsa untuk dinikmati para pelanggan.
“Pihak kami amat teruja dengan kerjasama terbaharu kami dengan Viu. Ia benar-benar menyatukan kami, banyak kandungan hebat yang Viu boleh kami tawarkan kepada pelanggan Astro.
“Viu menambah lagi pilihan kandungan untuk para pelanggan kami yang kini mempunyai akses kepada lebih 90,000 rancangan menerusi On Demand serta lapan aplikasi premium,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran kerjasama Astro dan Viu yang berlangsung di Astro Bukit Jalil hari ini.
Agnes yakin Viu akan mengukuhkan kedudukan Astro sebagai destinasi hiburan untuk rakyat Malaysia dengan pilihan drama Korea yang meluas termasuk siri original.
Dalam masa sama, Ketua Pemerolehan Kandungan dan Program Astro, Juliana Low memaklumkan pihaknya berbesar hati dengan kerjasama terjalin dalam usaha memajukan peningkatan penonton dengan gabungan kandungan program dari seluruh Asia.
Para pelanggan Astro kini boleh menstrim semua rancangan kegemaran di Viu dengan membuka aplikasi di Ultra Box dengan harga premium RM14.90 sebulan.
Para pelanggan Astro juga boleh mengakses Viu Premium dengan menambah ke langganan mereka pada tawaran eksklusif selepas 8 Jun 2023.
Faida Rahim
Fri Mar 10 2023
Penyertaan Viu ke dalam platform Astro bakal menambah pilihan program terbaik tempatan dan antarabangsa untuk dinikmati para pelanggan.- Foto Azrul Rafie
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Aplikasi Viu kini di Ultra Box Astro
Menambah pengalaman baharu, Astro kini mengembangkan perkhidmatan penstriman dengan membawa aplikasi hiburan Viu yang boleh diakses pelanggan di Ultra Box.