DUA ekor anjing peliharaan Lady Gaga, Koji dan Gustav, yang dipercayai dicuri dalam insiden rompakan minggu lalu, selamat dipulangkan tanpa sebarang kecederaan, menurut polis Los Angeles.
Seorang wanita membawa dua ekor anjing baka French Bulldog itu ke Balai Polis Komuniti Olimpik, Los Angeles sekitar jam 6 petang pada Jumaat.
Beberapa detektif serta seorang individu yang mewakili Lady Gaga, atau Stefani Joanne Angelina Germanotta, hadir ke balai polis dan mengesahkan identiti anjing tersebut, ketika bintang pop itu berada di Rom, Itali untuk penggambaran filem.
Namun, wanita yang memulangkan anjing tersebut nafi terlibat dalam serangan dan rompakan pada malam Rabu lalu.
Pihak polis bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana anjing tersebut diperoleh wanita itu.
Dalam kejadian serangan pada Rabu lalu, penjaga anjing itu, Ryan Fischer, cedera akibat ditembak sebelum dua perompak melarikan diri dengan dua ekor anjing, manakala seekor lagi terlepas.
Susulan itu, Lady Gaga menawarkan ganjaran RM2 juta (AS$500,000) kepada individu yang memulangkan anjing peliharaannya.
Dalam satu muat naik menerusi Instagram, artis Hollywood itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ryan atas pengorbanannya untuk melindungi Koji dan Gustav.
Agensi
Sat Feb 27 2021

Dalam satu muat naik menerusi Instagram, Lady Gaga menzahirkan ucapan terima kasih kepada, Ryan Fischer atas pengorbanannya melindungi Koji dan Gustav. - Foto Instagram/@ladygaga

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Olimpik Paris: Lady Gaga, Celine Dion buat penampilan di upacara pembukaan
Lady Gaga dan Celine Dion dijangka tampil di tebing Sungai Seine pada malam Jumaat, dalam satu upacara pembukaan Olimpik Paris yang unik.

Olimpik Paris 2024: Celine Dion, Lady Gaga hiasi upacara pembukaan?
Bahang debaran temasya Sukan Olimpik kian terasa dengan upacara pembukaan bakal jadi acara paling dinanti seluruh umat manusia dari seluruh pelosok dunia.

"Saya ada maruah..." - Bernard Chandran tak bayar Lady Gaga
Bernard Chandran berkongsi pengalaman ketika penyanyi terkenal antarabangsa, Lady Gaga menggayakan rekaan bajunya.

Rizman Ruzaini kongsi kronologi kolaborasi perdana dengan Lady Gaga
Kolaborasi bersama Lady Gaga bermula rentetan daripada busana mewah yang pernah digayakan oleh Naomi Campbell pada di Dubai tahun lalu.

Foto Lady Gaga sebagai Harley Quinn buat peminat tak senang duduk!
Foto penyanyi terkenal Lady Gaga membawa watak sebagai Harley Quinn dalam filem sekuel Joker, Folie Deux kini beredar di media sosial.

Rakam filem "House of Gucci" di IG Story, GSC akan ambil tindakan terhadap adik Neelofa
Golden Screen Cinemas akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang bertindak merakam dan menyiarkan sedutan filem yang ditayangkan di pawagam mereka.

'Friends: The Reunion' temui peminat esok
Sitkom yang telah ditayangkan sejak tahun 1994 ini dikatakan akan membawakan 'comeback' yang lebih padu dengan beberapa penampilan khas.

Anjing baka French Bulldog semakin popular
Pemilikan anjing baka French Bulldog semakin popular dalam kalangan penduduk Amerika Syarikat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Anjing peliharaan Lady Gaga selamat dipulangkan
Koji dan Gustav selamat dipulangkan tanpa sebarang kecederaan ke balai polis di Los Angeles.